“TAK sedar masa dah berlalu.” Demikian kata pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew mengenai ulang tahun kelahiran ke-11 anak sulungnya, Airis Safiyyah Lew yang jatuh pada Sabtu. Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau berkongsi sekeping foto bersama puterinya itu menerusi Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Untunglerr... Romantik Ebit Lew khas buat si bidadari, jom tengok video ala Bollywood di Aidilfitri! – “Meh pegang tangan abang, kita beraya pusing rumah je” ARTIKEL BERKAITAN: “Dah suku, patah semula” - Ustaz Ebit gayat naik jambatan gantung di Sabah, terkenangkan kesusahan makcik Bajau terus jadi berani Seperti biasa, Ebit turut tampil dengan nukilan khas sehingga ia mengundang rasa sebak netizen. "Bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah. Dari hari pertama umi lahirkan Safiyyah. Ayah bergegas ke hospital dari pejabat. Bawa terus baju-baju. "Baca al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin sakit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku. Ebit bersama puteri sulungnya, Airis Safiyyah Lew. 'Umi sakit. Pengsan. Tak sedar kerana risau anak lambat menangis. Bahagia saat melihatmu. Macam mimpi. Syukur pada Allah. Rapat betul kita masa kecil anakku. I love you anakku. "Teman ayah berdakwah dan ke pejabat. Waktu tu semua kira sebab tiada duit. Susu dan pampers selalu tiada duit. Ikhtiar mana yang mampu," tulis Ebit. Dalam posting sama, Ebit turut menzahirkan penghargaan buat isterinya yang berkorban nyawa demi melahirkan empat orang anak mereka. Bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah. Dari hari pertama umi lahirkan Safiyyah. Ayah bergegas ke hospital dari pejabat. USTAZ EBIT LEW PENDAKWAH Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani ruangan komen dengan pelbagai ucapan buat Ebit dan anaknya. Selain itu, ramai yang turut mengirimkan doa buat Ebit sekeluarga dan berharap mereka terus diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki. "Selamat hari lahir buat anakanda ustaz Airis Safiyyah Lew. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, semoga berjaya di dunia dan akhirat. Ebit bersama ahli keluarganya. "Selamat ulang tahun. Semoga ulang tahun mu kali ini banyak membawa berkat kepada keluargamu dan semoga perjalanan ayahmu sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah. "Selamat hari lahir si cantik manis, semoga dalam rahmat dan kasih sayang-Nya," tulis beberapa netizen. Selain nukilan dan foto di Facebook, Ebit turut berkongsi video kejutan yang dibuat untuk anaknya menerusi Instagram. Ebit berkongsi kisah sambutan kelahiran anaknya itu menerusi media sosial miliknya. Selain ruangan kediaman yang dihias indah dengan belon dan riben, anak sulungnya turut kelihatan gembira memeluk Ebit dalam video itu. Malah, anak sulungnya itu turut kelihatan memegang sebuah telefon pintar iPhone, dipercayai hadiah pemberian bapanya. Ia sehingga kini sudah menerima sejuta tontonan sejak dimuat naik pada tengah malam Jumaat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Bahagia tengok keluarga Ustaz Ebit Lew #mstaronline #bacamstar #mstarMoi A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jun 26, 2020 at 11:07pm PDT