BUKAN mudah nak berjaya, malah banyak liku perlu ditempuhi anak muda ini. Begitulah kisah pelumba basikal BMX Terengganu, Eddyna Nasuhar Zainal Abidin yang baru berusia 18 tahun. Gadis ini mencuri perhatian ramai setelah dia berkongsi satu video menerusi aplikasi TikTok dan Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Dua Atlet Wanita Lumba Basikal Terengganu Terpilih Ikuti Latihan ACC ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup berjauhan dengan famili, Pelumba Terbaik Asia tinggalkan dunia lebuh raya untuk bergelar chef Dalam video berkenaan, dia menyenaraikan cabaran yang dihadapi termasuklah kata-kata orang sekeliling yang mempertikaikan bakatnya. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Dina mengakui sudah terbiasa dengan kritikan atau pandangan negatif seperti itu. "Dulu tak ada orang support saya, saya pun main secara suka-suka sahaja, masuk tournament dan bermain dengan kelab sebelum bersama Majlis Sukan Negeri. Paparan skrin video TikTok yang dihasilkannya. "Dulu saya sekolah agama, jadi memang saya bertudung. Orang kata dah la pakai tudung, main basikal macam ni," ujarnya sewaktu dihubungi. Antara kritikan lain termasuklah yang mengaitkan minatnya sebagai bidang tidak menjamin masa hadapan, merendahkan martabat wanita dan sebagainya. Dina bagaimanapun enggan ambil pusing dan menjadikan kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuk pergi lebih jauh dalam bidang diceburi. Dulu tak ada orang support saya, saya pun main secara suka-suka sahaja. EDDYNA NASUHAR ZAINAL ABIDIN ATLET BASIKAL BMX "Saya tak hiraukan, saya tak kisah. Kata-kata orang buat saya makin kuat. Saya dapat banyak sokongan keluarga. "Alhamdulillah sekarang pun makin ramai orang buka mata. Yakin diri apa kita nak buat, jangan takut dan terus fokus. "Pengalaman paling teruja, saya adalah atlet BMX pertama kat Malaysia yang berhijab. Dina berjinak-jinak dengan sukan basikal BMX sejak berusia 13 tahun. "Dulu sesetengah kawan atlet dari negeri lain tak bertudung, sekarang dah ada yang bertudung," ujar atlet dari Dungun itu. Jelas Dina, pada tahun lalu dia berjaya mendapat kedudukan kelima sewaktu Kejohanaan Asean BMX yang berlangsung di ibu negara. Malah, dia turut mendapat tempat ketiga dalam satu lagi kejohanan untuk mengutip mata kelayakan Olimpik 2020 yang berlangsung di China, juga pada tahun lalu. Dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan sehingga ke Australia, Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan banyak lagi. Dina tak hirau kata-kata orang dan mahu terus bekerja keras demi impiannya. Kata Dina, minat itu bercambah sewaktu berusia 13 tahun kerana mengikut abangnya. Tambahnya, terjatuh sewaktu berbasikal adalah perkara biasa dan ia langsung tidak menjadi halangan untuknya terus berusaha keras. Sehingga kini, video dikongsi Dina menerima lebih 200,000 tontonan di Twitter. Dalam pada itu, Dina turut berterima kasih atas sokongan ramai setelah dia berkogsi video itu. Ujarnya, dia terharu dan berharap semakin ramai yang membuka mata terhadap sukan yang sedang meningkat naik itu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!