ENTAH di mana silapnya, sebuah kek coklat dua tingkat yang dihasilkan tiba-tiba bertukar rupa menjadi bentuk lesung batu. Masih boleh dimakan dan rasanya juga sedap, namun kehadiran kek itu ternyata menggamatkan suasana parti ulang tahun kelahiran yang disambut sebuah keluarga di Segamat, Johor, pada Sabtu lalu. Bercerita kepada mStar, Azizi Liow, 38, mendedahkan kek tersebut dihasilkan oleh isterinya, Dang Anum, 37, untuk puteri bongsu mereka, Orked Khadeeja. ARTIKEL BERKAITAN: “Api hang tu membakar, bukan membara...” - Juadah ‘ayam tayar’ 25 Ramadan rentung, tapi rasanya sedap buat pemuda Johor ini nak cuba lagi! ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sertai grup FB ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ Kaum isteri jangan tercabar... resipinya bukan calang-calang! "Hari tu kami sambut hari jadi anak bongsu, baru berumur setahun. Isteri buat kek chocolate moist. "Nak buat dua tingkat, tak tahu macam mana, tenggelam jadi rupa lesung. Semua tergelak tengok bentuk kek hari tu. "Tapi rasanya tetap OK, sebab guna bahan yang betul. Nasib baik anak yang bongsu tak faham apa-apa lagi. Azizi bersama ahli keluarganya. "Cuma anak yang besar memang tergelak tengok kek tu," ujarnya sewaktu dihubungi pada Isnin. Sewaktu kejadian, Azizi turut meminta anak keduanya pergi ke dapur mengambil lesung batu sebenar untuk membuat perbandingan. Suasana itu ternyata menjadi lebih gamat dan dipenuhi dengan gelak ketawa ahli keluarganya yang cukup terhibur melihat bentuk kedua-duanya yang hampir sama. Nasib baik anak yang bongsu tak faham apa-apa lagi. AZIZI LIOW BAPA Kata Azizi, dia kemudiannya secara suka-suka berkongsi foto itu ke laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Siapa sangka, dalam tempoh singkat ia menjadi tular dan sehingga kini meraih lebih 31,000 tanda suka (Likes). "Tak sangka jadi viral. Saya post suka-suka sahaja. Saya hanya mampu ketawa baca komen. Suasana sekitar majlis sambutan tersebut yang berlangsung meriah. "Begitu juga dengan isteri, dia pun turut baca komen-komen yang ditinggalkan," ujarnya. Bercerita mengenai majlis tempoh hari, ia itu turut disambut bersama anak sulungnya, Nur Aisyah yang bakal menginjak ke usia 14 tahun pada tanggal 7 Julai ini. Antara kek lain yang turut dihidangkan. Masih berada dalam mode Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka sekadar membuat majlis kecil untuk keluarga sahaja. Antara lain yang turut dihidangkan termasuklah beberapa jenis kek, mihun, ayam goreng dan banyak lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!