suria

Gabra nak renew lesen, gadis lupa ada sesuatu bawah dagu! Mujur pandai ‘cover malu’ depan abang kaunter - “Tiga tahun pula tu...”

Gara-gara kalut Nurul Nabihah terlupa menanggalkan topeng muka dibawah dagu semasa mengambil gambar untuk memperbaharui lesen memandunya.

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), banyak perkhidmatan kaunter kerajaan termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah beroperasi seperti biasa.

Namun kunjungan seorang gadis ke kaunter JPJ di Kemaman, Terengganu pada Ahad lalu pasti akan dikenang sepanjang hayat gara-gara pengalaman lucu semasa memperbaharui lesen memandunya.

Perkongsian gadis tersebut dengan kapsyen ‘Lesen PKP yalll. Korang ada ke?’ mendapat 13,400 ulang kicau dan 31,300 tanda suka gara-gara gambar ‘rare’ pada lesen memandunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat hadiah IC lama, Mufti WP imbau memori zaman sekolah "Kami mandi sungai, main layang-layang, galah panjang, gasing..."

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pandai senyum pun, bukan jeling je, ” kata Puteri Afzan... siap bagi gambar bukti!

Dalam gambar lesen tersebut, Nurul Nabihah Aiman Asmadi dilihat memakai penutup muka di bawah dagu selain turut menampakkan tali beg yang disandangnya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nurul Nabihah berkata dia terlupa menanggalkan penutup muka dan beg disandangnya gara-gara gelabah gambarnya tiada di dalam sistem.

"Ni kiranya first time nak renew lesen P ke lesen biasa. Sampai turn saya, pegawai perempuan dekat kaunter beritahu gambar saya tak ada dalam sistem lagi.



Lesen memandu Nurul Nabihah mendapat perhatian netizen gara-gara dia terlupa menanggalkan topeng muka dibawah dagunya.

"Jadi dia minta saya pergi ambil gambar dekat kaunter sebelah. Saya jadi kalutlah sebab mindset saya ingatkan boleh je scan gambar dari lesen P atau IC.

"Itu yang sampai tak perasan ada mask dekat dagu dengan tali beg sekali. Masa tu dengan pakai tudung sarung sebab nak cepat dan tak terfikir kena ambil gambar dekat situ juga," katanya.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu, dia hanya menyedari insiden melucukan itu selepas ditegur seorang lagi pegawai yang menyerahkan lesennya yang telah siap.

Tak pelah saya anggap semua tu kenangan. Bila lagi nak ambil gambar pakai mask. Saya beritahu abah, abah pun gelak.

NURUL NABIHAH AIMAN ASMADI

Pelajar

"Saya tunggu kat luar, dalam lima minit lesen tu siap. Ada pegawai jaga kat pintu dia tegur dik tadi snap gambar tak buang mask eh?. Masa tu barulah saya perasan mask ada kat bawah dagu.

"Memang saya terkejut dan malulah. Ya Allah kenapalah saya tak terfikir, mungkin sebab dah terbiasa pakai mask. Saya pun cakap kat abang tu tak pelah buat kenangan.

"Tapi masa dekat kaunter ambil gambar sebelum tu, pegawai tu tak tegur apa-apa pun. Dia suruh duduk situ cakap 1,2, 3 je. Nasib baiklah sempat senyum," katanya yang juga penuntut di sebuah universiti tempatan dalam negara.



Nurul Nabihah (kanan) menganggap insiden itu sebagai pengalaman yang melucukan.

Meskipun lesen itu diperbaharui selama tiga tahun, Nurul Nabihah berkata dia reda dan menganggap insiden itu sebagai satu pengalaman melucukan.

"Saya renew lesen tu tiga tahun pula tu. Kiranya nanti nak renew lepas tempoh tu saya nak pergi ambil gambar baharu lagi sekali. Buat masa ini saya pakai dulu lesen ni.

"Saya tak plan nak tukar baharu sebab malas nak pergi JPJ semula lagipun ramai orang. Nak kena beratur lama dalam tiga jam sebab kena ikut SOP. Last-last dapat lesen macam tu.

"Tak pelah saya anggap semua tu kenangan. Bila lagi nak ambil gambar pakai mask. Saya beritahu abah, abah pun gelak, ” katanya dalam nada berseloroh.

Pada masa sama, Nurul Nabihah tidak menduga perkongsiannya itu akan mendapat perhatian netizen.



Antara komen netizen yang terhibur dengan perkongsian Nurul Nabihah di Twitternya.

"Sebenarnya saya tak de niat nak viral ke apa sebab saya ni memang sejenis suka share sesuatu dekat Twitter. Lagipun saya just nak share dengan kawan-kawan saya je.

"Tiba-tiba Isnin petang tu saya dapat banyak notification. Tengok-tengok tweet saya tu dah blow up. Memang terkejutlah bila viral," katanya.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian Nurul Nabihah di Twitter.

"Limited edition ni dik oii. Comel hahahaha," kata Ayesha.

"Ini kalau kena tahan polis nak check lesen mesti kena gelak dulu," kata Iman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain