SYUKUR niat seorang ibu tunggal untuk meminta bantuan bagi membeli barang keperluan daripada seorang aktivis sosial dipermudahkan. Namun, terselit kisah apabila aktivis, Syed Azmi Alhabshi menerima sekeping gambar yang menunjukkan terdapat banyak barang keperluan di rumah wanita berkenaan. "Lepas duit masuk, dia hantar gambar yang pertama. Katanya 'Ni barang di rumah saya. Kalau tuan tak keberatan saya ingin simpan dulu sumbangan daripada tuan untuk kegunaan kecemasan nanti'. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta bergerak guna 'tayar pinjam', wang bantuan guna beli bateri... rupa-rupanya kisah pasangan ini ada plot twist – "Kalau beli makanan akan habis juga" ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu 'demand' 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - "Tak tahu macam mana nak mula balik" "Saya pun jawab balik 'Saya rasa awak memang banyak barang tapi tak ada wang waktu minta dari saya'. "Saya rasa tak patutlah minta kalau barang dah ada. Kira tak ada keperluanlah," tulis Syed Azmi di halaman Facebooknya. Foto yang dikirimkan oleh seorang ibu tunggal menunjukkan simpanan barang keperluannya. Bagaimanapun selepas beberapa hari, ibu tunggal itu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menipu kerana sewaktu meminta bantuan, susu sekotak pun tiada di rumahnya. "Dua, tiga hari selepas itu ada orang datang memberi bantuan makanan kepada keluarga saya. Saya benar-benar minta maaf kalau saya sudah membuat salah," ujar wanita itu. Lebih mengejutkan apabila wanita itu mendedahkan bahawa wang yang diterima daripada Syed Azmi sebenarnya digunakan untuk membeli TV terpakai buat anak-anaknya. "Saya kasihan mereka selalu mengatakan bosan. Saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Hanya Allah SWT yang dapat balas jasa baik tuan Syed, saya tak akan pernah lupakan jasa baik tuan, Assalamualaikum," tambah wanita itu. Gambar dan pengakuan ibu tunggal susulan tuntutan penjelasan Syed Azmi. Syed Azmi kemudian menghubungi ibu tunggal itu susulan terdapat keraguan mengenai alasan wanita itu berhubung pembelian sebuah TV. "Saya terangkan macam mana pada hari yang sama barang banyak dan awak kata susu tidak ada kan? Kemudian boleh pula beli TV. Siapa yang patut rasa sedih ni? "Dia jawab ‘Saya kasihankan anak-anak tuan. Anak saya minta, saya tak dapat tolak permintaan mereka. Maafkan saya tuan, saya sudah melakukan kesalahan," katanya. Kalau kita jujur awal-awal, masyarakat tentu akan beri lebih mengikut keperluan yang dimohon. Masyarakat juga sebenarnya mahu lihat keluarga yang dibantu itu berjaya SYED AZMI ALHABSHI Syed Azmi kemudian menjelaskan bahawa wanita berkenaan seharusnya jujur dan berterus-terang apabila mahu memohon bantuan. "Kalau TV yang diperlukan maka kenalah cakap nak TV. Jangan jadikan ini sebagai mangsa keadaan. Kena jujur betul-betul sebab tak pernah sebut pun nak TV. "Kepada semua pemohon, berlaku jujur sebab bila satu kali berlaku syak wasangka atau pun penipuan, susah orang nak percaya lagi. Saya takkan siarkan awak siapa tapi memang saya takkan dapat beri peluang lagi," katanya sambil menambah wanita itu membuat permohonan maaf di atas kesilapannya. Menurut Syed Azmi, gambar dan pengakuan ibu tunggal itu hanya berlaku selepas beliau meminta penjelasan mengenai resit pembelian menggunakan wang bantuan tersebut. Teguran Syed Azmi terhadap seorang ibu tunggal. Bercakap kepada mStar, Syed Azmi menjelaskan bahawa kes tersebut melibatkan wanita yang mempunyai lima anak dengan bantuan yang diterima berjumlah RM350. "Saya rasa masyarakat tidak cerewet dalam menentukan penggunaan wang tersebut setelah diberikan bantuan kerana kita sudah menjalankan amanah memberi bantuan. "Tapi kalau kita jujur awal-awal, masyarakat tentu akan beri lebih mengikut keperluan yang dipohon. Masyarakat juga sebenarnya mahu lihat keluarga yang dibantu itu berjaya," katanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar bantuan dipohon sekiranya benar-benar memerlukan dan berharap bantuan itu dapat membuatkan pemohon berdikari, lapang fikiran mental selain mempunyai idea baharu untuk menjana lebih pendapatan. "Tapi pastikan ada usaha walaupun seperti rumah kemas tersusun, tak putus solat dan doa dan sudah memohon semua agensi wajib pemberi bantuan," kata Syed Azmi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!