suria

“Duit belakang kira…” - Wanita buat panggilan dari bilik mayat, Uncle Kentang senyum kenangkan ganjaran selepas beri bantuan

Kisah sepasang suami isteri yang berdepan kesukaran untuk menguruskan jenazah bayinya yang berusia sebulan mendapat perhatian Uncle Kentang.

UMUM mengetahui Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng amat aktif melakukan kerja kebajikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Baru-baru ini dia berkongsi kisah pasangan suami isteri yang diuji dengan kehilangan bayi mereka yang baru berusia sebulan selepas bertarung nyawa selama 15 hari di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi perkongsian itu, Uncle Kentang menceritakan tangisan ibu kepada bayi tersebut dari bilik mayat pada tengah malam sehingga mendorongnya membantu wanita itu dan suaminya yang berasal dari utara tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang gilalah kau Haji Amir” - Gabungan mantap pemuda dua bangsa, masalah libat masa depan gadis selesai 15 minit je!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kira agama, Uncle Kentang bantu urus kebumi jenazah menjelang 1 Syawal termasuk bayi 5 bulan dah 14 hari meninggal dunia! Ramai doakan dapat hidayah

"Larut malam seorang ibu Melayu call saya. Baby baru meninggal dunia. Bayangkan kesedihan beliau. Selepas bertarung 15 hari di IJN dan akhirnya reda kerana Allah lebih sayang baby.

"Maka beliau dan suami nak balik ke utara. Poket pula kosong... bayangkan keperitan mak dan ayah baby. Dalam kegelapan di bilik mayat IJN. Mereka patah semangat.



Bayi tersebut meninggal dunia selepas 15 hari bertarung nyawa di IJN.

"Mereka tak tahu mana nak cari van jenazah. Takkan nak minta van jenazah dan nak hutang pula. Nak makan duit pun tak ada... semua seolah-olah dunia gelap. Bayangkan baru sebulan lahirkan baby," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Bercerita lebih lanjut, lelaki itu berkata masalah dialami suami isteri tersebut dipermudahkan apabila van jenazah dikerahkan segera ke IJN.

"Keadaan ibu mestilah lemah, badan yang baru lahirkan baby perlu khasiat yang banyak untuk menggantikan tenaga. Saya terus beri satu ketenangan.

"Saya terus beri jawapan pasti dan tepat serta seolah-olah satu keputusan yang dapat menenangkan gelora membuka di hati ibu dan ayah. Van jenazah dikerahkan segera ke IJN," katanya.

Dalam pada itu, Uncle Kentang berkata dia turut menjelaskan punca dia menghulurkan wang RM1,000 kepada pasangan tersebut.

"Duit belakang kira. Terus saya mohon akaun ibu, lepaskan RM1,000 untuk beliau dulu... nak urus kubur, nak beli makanan seimbang untuk badan yang kelesuan. Tak apa kerana Tuhan telah janjikan kau sedekah satu, akan aku kembalikan 10 hingga 700 kali gandanya.



Uncle Kentang lega dapat membantu meringankan beban pasangan suami isteri itu.

"Mengapa kita tidak yakin. Aku terus berdoa akan keselamatan dan dimudahkan mereka pulang. Semoga jasad baby dapat disempurnakan dengan baik dan cepat. Sudah tengah malam. Kamu orang telah dibuai mimpi dalam kelenaanmu. Aku tersenyum seorang diri.

"Aku tahu ibu dan ayah mesti terkejut kerana semua dimudahkan. Anak-anak buah saya dari Team Amal Hery pun ambil jenazah dan bawa pulang," katanya.

Biarlah aku dan kamu jadilah manusia yang bermanfaat kepada mereka yang lain. Semoga bila kita sudah tukar status mendiang atau arwah jasad kita dipermudahkan.

KUAN CHEE HENG

Aktivis

Pada masa sama, Uncle Kentang turut meluahkan rasa lega apabila dapat membantu pasangan berkenaan.

"Saya tersenyum dan cuci kaki untuk tidur lena kerana aku faham aku juga akan pulang. Tetapi sebelum aku pulang biarlah aku uruskan yang pulang sebelum ku.

"Tak kira apa kaum, apa agama kerana aku yakin Tuhan sayang mana mereka yang membantu pada orang yang dalam kesusahan. Minta maaf aku tulis panjang.



Antara komen netizen di posting Uncle Kentang.

"Biarlah aku dan kamu jadilah manusia yang bermanfaat kepada mereka yang lain. Semoga bila kita sudah tukar status mendiang atau arwah jasad kita dipermudahkan," katanya.

Rata-rata netizen memuji tindakan Uncle Kentang malah mereka turut sama meluahkan rasa gembira dengan bantuan yang dihulurkannya.

"Alhamdulillah. Kami sekeluarga mendoakan uncle diberi keberkatan dan kekuatan untuk meneruskan usaha murni fardu kifayah ini," kata Aslinda.

"Love you Uncle Kentang. Aku selalu berdoa agar Uncle Kentang diberi hidayah demi amal jariah yang telah banyak beliau tabur. Ya Allah makbulkan doaku ini," kata Fatimah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain