suria

Gadis mengaku ketagih porno sejak darjah 5, tidur dengan 10 lelaki! Penceramah motivasi anggap puncanya ‘tak dapat cinta lelaki disayangi di rumah’

Seorang gadis bernama Leen berkongsi kisahnya yang pernah ketagih pornografi sehingga akhirnya terlanjur. Gambar hiasan.

"SAYA pun tak sangka saya akan beremosi saat tonton video ini," demikian kata seorang penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu menerusi video yang dimuatnaik di saluran YouTube miliknya.

Mohd Fairuz atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi dilihat menyapu air matanya berkali-kali selepas menonton video pengakuan seorang gadis yang terjebak dengan maksiat selepas ketagih pornografi.

Video bertajuk 'Cerita Dalam Kain' terbitan Mingguan Wanita itu memaparkan pengakuan seorang gadis yang terlanjur beberapa kali sehingga pernah hamil, sebelum dia bertindak menggugurkan kandungannya untuk mengelakkan perkara itu sampai ke pengetahuan keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah kisah paling teruk saya pernah jumpa” - Penceramah dedah kisah wanita depresi hingga nyaris terpesong akidah gara-gara kemelut keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Disah hamil sebulan sebelum PKP, bakal ibu ini risau jadi ‘bahan’ rakan sekerja otak kuning - “Ada siap kira bila persenyawaan berlaku”

"Saat saya tersentuh apabila dia kata hubungan dengan ayahnya tak begitu baik.

"Situasi yang sering berlaku di kalangan gadis-gadis bila mana dia tak dapat cinta atau figure seorang lelaki disayangi di rumah, dia akan cari cinta itu di tempat lain.

"Keseronokan itu berkali ganda membawa kepada kejahatan apabila terlibat dengan pornografi," ulasnya selepas selesai menonton video pengakuan gadis tersebut.



Mohd Fairuz tidak dapat menahan sebak apabila mendengar kisah gadis yang bernama Leen itu.

Menerusi video berdurasi 15 minit itu, gadis itu yang ditemubual oleh seorang hos mengakui dia mula terjebak dengan ketagihan pornografi seawal usia 11 tahun.

Gadis yang bernama Leen (bukan nama sebenar) ini juga berkata, dia akan curi-curi menonton video porno daripada telefon bimbit adiknya pada waktu malam.

Mengakui hubungannya dengan bapa tidak begitu baik sejak dia bersekolah rendah, gadis ini berkata kedua-dua orang tuanya sememangnya tegas justeru dia akan sedaya upaya mencari jalan untuk keluar bersuka ria bersama rakan berlainan jantina.

"Saya pernah tidur dengan 10 lelaki sejak dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5.

"Takut juga mengandung. Pernah ada sekali period tak betul dan buat ujian kehamilan, keputusannya positif. Saya makan itu, makan ini, minum air Coke.



Gadis bernama Leen (kiri) ketika ditemubual dalam segmen Cerita Dalam Kain (Episod 3) terbitan Mingguan Wanita.

"Saya duduk di rumah nenek masa tu. Satu hari tu, perut sakit sangat lalu saya tidur. Bila sedar nampak atas katil ada darah. Pergi tandas dan nampak ada seketul (daging)," cerita gadis berkenaan di dalam video tersebut.

Ujar gadis berkenaan, 'kegiatannya' diketahui oleh ibu bapa apabila kedua-duanya dipanggil dan dimaklumkan oleh guru kaunselor sebelum akhirnya dia dihantar ke pusat perlindungan Rumah Puteri Arafiah.

Situasi yang sering berlaku di kalangan gadis-gadis bila mana dia tak dapat cinta atau figure seorang lelaki disayangi di rumah, dia akan cari cinta itu di tempat lain.

MOHD FAIRUZ ABU

PENCERAMAH MOTIVASI

Dia yang kini berusia 19 tahun, sudah hampir dua tahun menghuni rumah tersebut yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor itu.

Mengulas lebih lanjut kisah Leen, Mohd Fairuz berkata apa yang menimpa gadis ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa untuk mendidik anak mereka mengenai pendidikan seks.



Ibu bapa wajar memainkan peranan penting bukan hanya memberikan perlindungan, malah menerangkan serba sedikit mengenai pendidikan seks kepada anak-anak mereka.

"Kebanyakan kes remaja terlibat porno, mereka tertanya-tanya... Kalau ibu bapa dah terangkan dari awal, apa itu hubungan seks, apa itu hubungan lelaki dan perempuan, dosa pahala, apa itu sentuhan selamat dan tak selamat, dan anak akan mudah faham.

"Diharapkan video ini dapat berikan sedikit ilham untuk bertindak lebih awal tentang pornografi yang bukan saja kepada gadis muda ini tapi kepada budak lelaki, mahasiswa, yang dah berkahwin semua terlibat dengan pandemik pornografi.

"Kita ubah dari rumah kita, sekolah, guru, ibu bapa, komuniti dan influencer. Ini peranan kita bersama," katanya mengakhirnya bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
porno, penceramah motivasi, ketagih, seks

Artikel Lain