suria

Kecoh media sosial topik ‘kembang kuncup rahim’, siapa penentu jantina anak? Dr Amalina beri jawapan padu!

Perkongsian Dr Amalina mengenai mitos minus ais dan jantina anak mendapat perhatian netizen di Twitter.

"KALAU nak rasa rahim tu kembang... minumlah air sejuk tu banyak-banyak."

Demikian sindiran seorang netizen mengenai tabiat minum air sejuk terutama bagi wanita semasa dalam pantang.

Namun komen tersebut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang berkongsi dua paparan skrin mengenai perkara tersebut di Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah berapa kali saya cakap, itu mitos, tolonglah baca abang oi...” – Dr Amalina tegur netizen lelaki ‘terlebih pandai’ bab kanser payudara

Dr Amalina membidas kenyataan tersebut menerusi satu perkongsian di Twitter yang mendapat lebih 10,000 ulang kicau dan 8,800 tanda suka.

Menurut doktor yang berpangkalan di United Kingdom itu, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

"Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni.



Gambarajah yang dimuatnaik Dr Amalina untuk menjelaskan mengenai mitos minum air sejuk.

"Rahim tu macam sponge ke boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni... parah. Oh my biology," tulisnya.

Jelasnya, makanan dan minuman akan masuk ke sistem pencernaan, bukannya ke rahim.

"Apa yang anda makan dan minum akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai air kencing atau najis," katanya.

Malah beliau berkata suhu sejuk akan menyebabkan salur darah menyempit bukannya mengembang.

"Suhu sejuk pula menyebabkan salur darah constrict (menyempit) bukan kembang," katanya.

Perkongsian Dr Amalina turut mendapat respons dalam kalangan netizen yang meminta beliau mengulas mengenai tabiat minum ais selepas berpantang.

Dalam responsnya, Dr Amalina berkata ia terpulang kepada keselesaan individu itu sendiri.



Tiada istilah rahim kembang selepas minum air sejuk semasa berpantang.

Sementara itu, rata-rata netizen berterima kasih kepada Dr Amalina atas penjelasan tersebut.

"Tq Dr Amalina untuk kenyataan ini. Teruskan educate them tentang isu ini. Banyak sangat salah faham yang diwarisi," kata Melati.

"Sebenarnya benda ni just ikut-ikutan orang terdahulu. Tak ada fakta yang membenarkan pun tentang hal-hal kembang kuncup ni. Semuanya macam satu kepercayaan mitos," kata Faridah.

Sampai macam tu sekali. Sepatutnya bersyukurlah sama ada dapat bayi lelaki atau perempuan. Itu semua anugerah. Ada pasangan yang masih mencuba bertahun-tahun dan tak dapat lagi zuriat.

DR AMALINA CHE BAKRI

Pakar bedah

Sementara itu, Dr Amalina turut terpanggil untuk mengulas mengenai jantina anak dalam kandungan selepas seorang wanita mendakwa sering dipersalahkan ibu mertua dan suami apabila sering mengandungkan anak perempuan.

Beliau berkata jantina bayi ditentukan oleh suami, bukannya wanita.

"Ada seorang wanita bertanya saya. Beliau sering dipersalahkan oleh ibu mertua dan suami apabila asyik mengandung anak perempuan sehingga jadi tertekan.



Jantina anak ditentukan oleh suami.

"Saya pun menjelaskan kepada beliau yang menentukan jantina bayi itu suami, bukan beliau. Jadi beliau rasa lega sebab rasa bersalah tak dapat tunaikan permintaan suami dan mertua," katanya.

Dr Amalina turut meluahkan rasa terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap agak keterlaluan.

"Sampai macam tu sekali. Sepatutnya bersyukurlah sama ada dapat bayi lelaki atau perempuan.

"Itu semua anugerah. Ada pasangan yang masih mencuba bertahun-tahun dan tak dapat lagi zuriat," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain