suria

Nampak uncle Cina datang KFC naik basikal, jurutera ‘gagal’ buat tak hirau selepas dengar perbualannya dengan staf... ada apa dengan RM10?

Perkongsian Sofea mengenai situasi sedih berlaku depannya semasa berkunjung ke sebuah restoran makanan segera di Dengkil pada Ahad lalu mengundang sebak netizen.

TIDAK semua orang mampu membeli barang yang diinginkan dengan mudah meskipun harganya bagi kebanyakan kita tidaklah seberapa.

Namun ia menjadi halangan buat mereka yang kurang berkemampuan seperti kisah seorang pakcik tua berbangsa Cina yang diceritakan seorang gadis menerusi satu bebenang di Twitternya.

Perkongsian Raja Farah Sofea Raja Afiq Zulkifli mengenai pakcik tersebut yang tidak cukup wang untuk membeli menu hidangan KFC buat cucunya ternyata mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lupakan jus percuma! Rider tak terasa hati, harapan nak merasa pelanggan belanja tak kesampaian - “Patutlah awal-awal lagi dah rasa pelik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak suka rakan-rakan buat macam ni” - Ramai harapkan bayaran, tapi Aiman tak kisah kawan tumpang keretanya tak hulur duit minyak

Menurut gadis berusia 25 tahun itu, situasi yang berlaku di depan matanya itu menimbulkan rasa sebak dan mengundang rasa simpatinya terhadap pakcik tersebut.

"Masa tengah beratur saya ternampak pakcik ni datang KFC naik basikal. Lepas tu terdengar perbualan dia dengan seorang abang KFC tu apabila dia bertanya RM10 boleh dapat apa ya?



Pakcik tersebut keluar dari restoran selepas tidak cukup wang untuk membeli ayam goreng untuk cucunya.

"Abang tu beritahu snack plate ada ayam dalam RM16 pakcik. Lepas tu pakcik tu pun beredar pergi ke arah basikal dia sebab nampak macam duit dia tak cukup.

"Tiba-tiba saya jadi sebak dan kesian ditambah pula bila tengok keadaan dia berjalan pun dah agak bongkok, slow, pakai baju lusuh, labuh dan besar," katanya kepada mStar.

Bantulah seikhlas hati tak kira agama, bangsa dan warna kulit sebab what you give you get back. Mungkin bukan hari ini, siapa tahu esok lusa.

RAJA FARAH SOFEA RAJA AFIQ ZULKIFLI

Jurutera

Justeru, Raja Farah Sofea atau lebih mesra disapa Sofea terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan pakcik tersebut yang dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an.

"Saya rasa bertanggungjawab nak bantu pakcik ni. Saya pun pergi kat dia. Saya tanya pakcik OK ke, pakcik nak beli KFC ke? Dia jawab haah nak beli untuk cucu tapi duit tak cukup.



Sofea simpati melihat keadaan pakcik tersebut dan berhajat untuk membayar makanan yang dibelinya.

"Saya pun bawa pakcik ni sekali masuk ke dalam. Saya pilih dan bayarkan. Seronok bila tengok pakcik tu senyum. Dia pun ucap terima kasih dan minta maaf sebab susahkan," katanya.

Mengenai perkongsiannya itu, gadis yang bertugas sebagai jurutera itu tidak menduga pengalaman dilaluinya itu akan mendapat perhatian netizen.

"Saya tak expect pun sebab saya hanya share pengalaman yang saya lalui untuk sebarkan positiviti kepada orang ramai.

"Jadi moral of the story, kalau kita ada rezeki lebih, bolehlah kita sedekah dekat orang lain sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

"Bantulah seikhlas hati tak kira agama, bangsa dan warna kulit sebab what you give you get back. Mungkin bukan hari ini, siapa tahu esok lusa," katanya mengakhiri perbualan.



Komen netizen pada tweet Sofea.

Rata-rata netizen memuji tindakan Sofea.

"Kita yang baca pun tersenyum. Inikan pula dia yang menolong dan uncle juga yang menerima. Tolong ramaikan manusia seperti ini, ” kata Shukor.

"Takkan jatuh miskin kalau kita kongsi rezeki kita. Duit kita bukan semua kita punya. Ada bahagian orang lain. Tahniah sis sebab tunjukkan contoh yang baik. Semoga Allah limpahkan rezeki yang lebih baik," kata Sifu Azz.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pakcik, KFC, RM10, belanja, Raja Farah Sofea

Artikel Lain