suria

Ketepi keinginan beli kereta, graduan kerja kilang mampu capai target miliki rumah pada usia 22 tahun - “Dari segi gaji, mula-mula bagi mak dulu”

Azam bersama ibunya (tudung biru) dan ahli keluarga yang lain di hadapan rumah contoh yang dibelinya.

SETIAP individu pastinya ada keinginan berbeza yang ingin dicapai dalam hidup mereka.

Begitu juga dengan jejaka ini apabila impiannya untuk membeli rumah tercapai pada usia 22 tahun.

Bercerita kepada mStar, Mohamad Azam Azmi menyifatkan ia sebagai satu hadiah buat ibunya, Anisah Mohd Dom yang kini berusia 51 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan satu success story“ - Peguam hartanah tak anggap orang muda mampu beli rumah satu pencapaian, ikut trend tapi tiada ilmu

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Muda... Langkah Pertama Kena Betul!

"Ayah saya sudah meninggal dunia akibat sakit jantung sekitar 12 tahun lepas. Rumah tu mak saya hajatkan, saya cuma tunaikan.

"Saya fikir selama saya hidup dengan mak, mak tak pernah beli rumah. Kami duduk rumah sewa. Alhamdulillah bila kewangan dah kukuh, saya cuba buat permohonan dan lulus pada Februari lalu," ujarnya.

Mesra disapa Azam, dia sebelum ini turut berhajat membeli motosikal atau kereta namun melupakan hasrat itu atas nasihat ibunya.

Azam bersama ibunya.

Sebelum membuat keputusan membeli rumah, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang pengurusan halal itu turut meminta pandangan majikan, ahli keluarga dan rakan-rakan agar tidak tersalah percaturan.

"Habis belajar dulu saya ada beli sebuah motor secondhand. Mula-mula saya pun tak terfkir nak beli rumah.

"Cuma nak beli motor. Bila dah survey, mak cakap jangan beli motor tapi beli kereta. Lepas survey kereta pula, mak cakap jangan beli kereta, baik beli rumah.

Dari segi gaji pula, mula-mula saya bagi pada mak dulu. 10 peratus untuk mak, 30 peratus untuk perniagaan dan lebihan akan simpan.

MOHAMAD AZAM AZMI

"Jadi saya survey dalam lima buah rumah. Tanya pendapat orang sekeliling, kawan pun ramai sokong supaya beli rumah.

"Lepas dah jumpa yang berkenan, terus booking. Rumah yang saya beli tu masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2022," ujar Azam yang menetap di Melaka.

Kata Azam, dia sedar ramai individu di luar sana berhadapan kesukaran untuk menyimpan wang khususnya pada usia muda.

Potret kenangan Azam suatu ketika dahulu bersama keluarganya.

Namun, dia sendiri cuba mencari pendapatan sampingan disamping membuat pengurusan kewangan agar ia tidak terbazir begitu sahaja.

"Nak bersosial tu boleh, tapi limitkan pada diri, keluarga dan masa depan. Kalau boleh ada perniagaan sendiri untuk perbesarkan lagi bakat dan tambah pendapatan.

"Dari segi gaji pula, mula-mula saya bagi pada mak dulu. 10 peratus untuk mak, 30 peratus untuk perniagaan dan lebihan akan simpan.

Azam (tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya.

"Saya dah dua tahun kerja kilang selepas habis diploma dalam tahun 2017. Ayam gunting tu pula saya berniaga sejak awal 2019," kata anak keempat daripada lima beradik itu.

Selain menjadi eksekutif halal di sebuah kilang, Azam juga ada sumber pendapatan sampingan dengan membuat perniagaan ayam gunting.

Di Twitter miliknya, Azam turut membuat siri perkongsian mengenai tip membeli rumah pada usia muda.

Antaranya mencari sumber pendapatan tambahan, kurangkan berhutang, perlu ada niat dan usaha dan memilih pemaju yang tepat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Mohamad Azam Azmi, rumah, kewangan, UiTM

Artikel Lain