SEBAGAIMANA diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid-murid bukan kelas peperiksaan awam ditetapkan pada Rabu, 15 dan 22 Julai 2020. Pengumuman oleh menterinya, Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Rabu lalu ternyata mengundang perhatian ramai sehingga pelbagai topik mula dibahaskan di laman sosial. Terbaharu, tular posting seorang pelajar yang berkongsi cara-cara dijangkiti Covid-19 agar sekolah ditutup semula. ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah lama ditutup, lambakan video TikTok di media sosial oleh pelajar dianggap menjengkelkan - “Saya tak suruh pun mereka tengok” ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah dibuka semula 15 dan 22 Julai ini... guna kaedah 3 model Paparan skrin dari status WhatsApp itu ditularkan di laman Twitter sehingga ia mengundang pelbagai kecaman netizen. Setelah teruk dikecam, pelajar tersebut tampil memuat naik satu penjelasan dan mengakui ia sekadar gurauan sahaja. "Kawan-kawan sekalian, yang aku letak cara senang menjangkiti corona tu, aku main-main je.Bukan nak buat betul-betul. Kami bukan tak ada otak nak pergi buat benda tu. Sesi persekolahan bukan kelas peperiksaan awam ditetapkan pada Rabu, 15 dan 22 Julai 2020. (Gambar Hiasan). "Kami hanya nak buat lawak. Lagipun kalau kami buat bukan menyusahkan parents je, satu sekolah kena tau. "So jangan pandai-pandai tuduh kami tak ada otak. Kami hanya main-main, tak berniat pun nak buat betul-betul," tulisnya panjang lebar. Menerusi posting terdahulu, pelajar itu memberi beberapa tip seperti sentiasa bersalaman dengan rakan sekolah, duduk berdekatan, berkongsi makanan dan melupakan pemakaian topeng muka. Kawan-kawan sekalian, yang aku letak cara senang menjangkiti corona tu, aku main-main je. PELAJAR Menurut netizen, perbuatan pelajar itu diibaratkan seperti terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Biarpun sudah membuat penjelasan, masih ada netizen yang meninggalkan pelbagai komen termasuk memberi nasihat kepada golongan pelajar di negara ini. "Saya sebagai budak sekolah rasa sangat malu kerana sesetengah budak sekolah sangat b***h dan tak reti bersyukur. Posting asal serta kenyataan penjelasan oleh murid itu. "Tak semua budak sekolah macam tu, tolong berhenti sebut budak sekolah sebab kesian yang tak berkenaan seperti saya. "Kalau nak sakit, sakit jelah sorang-sorang. Tak payah ajak orang lain sakit berjemaah. "Kalau dah tak nak sekolah tu jangan menyusahkan orang lain. Berhenti sekolah teruslah. Orang lain ada masa depan. Haih budak zaman sekarang," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!