suria

“Ramai tak tahu benda ni...” - Pengasas syarikat dedah talian hayat bagi mereka yang hilang kerja, siap boleh claim hingga enam bulan!

Ramai yang terpaksa diberhentikan kerja susulan penularan Covid-19. Gambar hiasan.

PENULARAN pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan yang besar, khususnya dari segi ekonomi.

Kebanyakan syarikat mahupun organisasi terpaksa menghentikan operasi mereka buat beberapa bulan ketika kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penyebaran wabak berkenaan.

Keadaan ini nyata menjejaskan pendapatan sesebuah organisasi atau syarikat sehingga ada yang terpaksa gulung tikar dan ada juga yang terpaksa memberhentikan khidmat sebahagian kakitangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan politik ofis di syarikat multinasional, lelaki ini senarai 6 ‘spesies’ manusia buat dirinya nekad resign... jujur jawab ‘Exit Interview Form’

ARTIKEL BERKAITAN: 'Produk' 11A+ SPM kesal, keputusan cemerlang punca terlepas momen indah sebagai remaja - “... Yang bentuk kehidupan selepas SPM”

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan, sudah pasti keadaan ini amat menyulitkan kerana mereka perlu berfikir bagaimana mahu menyara keluarga, melunaskan hutang bulanan dan perbelanjaan lain.

Namun sebenarnya golongan ini masih mempunyai 'talian hayat' untuk menyelamatkan mereka pada situasi genting itu, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengasas syarikat kejuruteraan.

Menerusi satu posting di Facebook, Ir Abdul Rahman Bahasa mendedahkan bahawa golongan ini layak untuk menuntut faedah yang dikenali sebagai Sistem Insurans Pekerjaan (EIS).



Sebahagian perkongsian oleh Ir Abdul Rahman mengenai faedah yang boleh dituntut oleh mereka yang diberhentikan kerja.

"Ramai yang tak tahu benda ni... sepatutnya HR (sumber manusia) kau dah explain pasal faedah EIS ni. Macam ni, apabila pekerja dibuang atas sebab VSS atau MSS, penutupan tempat kerja kerana bencana alam, company bankrap dan pertindihan jawatan;

"Termasuk juga apabila pekerja resign sebab gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja, dan kena buat kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.... semua ini layak untuk tuntut faedah EIS," tulisnya pada perkongsian itu ketika menceritakan kembali perbualannya bersama seorang rakan.



Situasi pandemik Covid-19 yang berlaku baru-baru ini menyebabkan banyak syarikat terpaksa memberhentikan pekerja.

Bagaimanapun tambah Ir Abdul Rahman, jika seseorang berhenti kerja atas sebab masalah disipilin, sukarela untuk menamatkan perkhidmatan, bersara atau kontrak sudah tamat, maka golongan ini tidak layak untuk mendapat faedah tersebut.

Dia turut menghuraikan pengiraan untuk menuntut faedah EIS yang boleh dinikmati dalam tempoh maksimum selama enam bulan.

"Kalau nak tahu, antara benefit EIS adalah kau akan dapat Elaun Cari Pekerjaan maksimum selama enam bulan. Dengan syarat, kau dah carum EIS minimum dua tahun baru boleh dapat elaun enam bulan tu.

"Bukan takat tu je. Kalau kau pergi training sepanjang enam bulan kau menganggur tu, training fees pun kau boleh claim. Tapi maksimum RM 4,000 jelah.

"Lepas itu kau dapat lagi elaun hadir training maksimum RM20 sehari (yang ni ikut kelayakan gaji). Kalau kau tak percaya, kau buka laman web SOCSO," tulisnya.



Ramai individu tertekan lantaran kehilangan kerja namun sebenarnya mereka berpeluang untuk membuat tuntutan faedah tertentu.

Ir Abdul Rahman turut memberi panduan buat individu yang mahu membuat tuntutan faedah berkenaan.

"Pertamanya, kau and HR kau kena pergi pejabat SOCSO terdekat. Jumpa bahagian Industrial Relation kat sana. Both party kena sign some agreement supaya isu berbangkit tak wujud pada masa akan datang.

"Lepas itu, kau isi borang dan lampirkan dokumen-dokumen sokongan. Contohnya, employment termination letter. Pastikan kau mohon tak lebih dari 60 hari daripada tarikh kau diberhentikan kerja," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih 16,000 shares dan dibanjiri ribuan komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain