suria

Apa kes? Amukan lelaki berkain pelikat di klinik kesihatan cetus tanda tanya - “Anak yang baik tapi tindakan tu salah”

Selain berteriak dalam keadaan marah, lelaki ini turut menterbalikkan meja di lokasi kejadian.

DUA rakaman yang dikongsi di laman Facebook sejak Isnin mengundang persoalan ramai.

Tanpa diketahui hujung pangkal kisah sebenar, kelihatan seorang lelaki berkain pelikat sedang berteriak dalam keadaan marah di atas sebuah motosikal.

Dalam rakaman seterusnya, dia bertindak menterbalikkan sebuah meja dan kerusi sehingga helaian kertas kelihatan bertaburan di atas lantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara digantung sekolah, pakcik datang serang cikgu... Ini penjelasan PKHEM!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dikenakan tindakan tatatertib, bapa amuk di sekolah

Menurut individu yang berkongsi video itu, ia berlaku di sebuah Klinik Kesihatan di Kelantan.

"Punca kejadian tidak diketahui, belum ada maklumat jelas.

"Info yang baru diterima, dengar kata si anak marah kat misi (jururawat) sebab ambil darah mek (ibu) dia banyak sangat sampai biru tangan," dakwa seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Haniff Ghani.

Berdasarkan pemerhatian, dialek Kelantan yang dituturkan lelaki berkenaan kedengaran sedikit pelik, dipercayai berasal dari selatan Thailand.

Paparan skrin video yang tular di Facebook.

Malah, ia turut diakui beberapa penduduk Kelantan menerusi ruangan komen yang berpendapat lelaki itu merupakan warga Melayu - Thailand yang menetap di negeri itu.

Sejak dimuatnaik, ia mengundang jumlah tontonan tinggi serta dihujani pelbagai komen netizen.

Selain itu, ada juga yang memberi cadangan kepada lelaki itu supaya tidak datang ke klinik, sebaliknya merawat sendiri ibunya di rumah.

"Dengar bahasa dia bercakap macam orang Siam.

Info yang baru diterima, dengar kata si anak marah kat misi (jururawat) sebab ambil darah mek (ibu) dia banyak sangat sampai biru tangan.

HANIFF GHANI

PELAYAR FACEBOOK

"Anak yang baik, tapi tindakan tu salah. Benda boleh bincang. Tak guna serang jururawat macam tu.

"Kalau aku, memang marah juga kalau darah terlalu banyak sangat ambil.

"Kita runsing takut terombak kain sarung tu. Makin malu," tulis beberapa netizen.

Selain di Kelantan, video itu turut ditularkan ke laman Facebook komuniti negeri lain seperti Perlis sehingga mengundang pelbagai lagi komen netizen.

Ada netizen berpendapat lelaki itu berasal dari selatan Thailand.

Malah, ada juga yang memberi cadangan agar laporan polis dibuat kerana pelaku telah menakut-nakutkan penjawat awam untuk melakukan tugas.

Kata seorang lagi individu, kesan biru akibat pengambilan darah bagi tujuan kesihatan adalah perkara normal.

Malah, ia sepatutnya dibincangkan secara elok tanpa perlu bertindak melampau sebagaimana dipaparkan dalam video tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain