MUNGKIN ramai yang tidak tahu, dengan menderma darah, anda sebenarnya sedang menyelamatkan tiga nyawa manusia! Justeru, orang awam amat digalakkan untuk menderma darah kepada Pusat Darah Negara demi memastikan bekalan darah mencukupi bagi kegunaan pesakit yang memerlukan. Baru-baru ini, perkongsian seorang pelayar Twitter mengenai amalan derma darah mengundang perhatian netizen apabila dia memuatnaik gambar screenshot perbualannya bersama seorang doktor menerusi aplikasi WhatsApp. ARTIKEL BERKAITAN: “Jarum tak sakit, rasa macam kena gigit semut je” - Alahai... ramai lelaki takut kena cucuk, penderma darah terkejut! ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pesakit Covid-19 tak serik derma plasma darah lagi - “Terharu, bangga berpeluang bantu pesakit Covid-19” Menerusi perbualan berkenaan, doktor di sebuah hospital di Sabah menghubungi pelayar berkenaan dan bertanyakan sama ada dia boleh mendermakan darahnya kerana mereka mempunyai seorang pesakit yang mempunyai padanan jenis darah yang sama sepertinya iaitu O negatif. Untuk makluman, jumlah individu yang mempunyai darah rhesus negatif adalah sedikit berbanding positif dan sangat jarang ditemui. Screenshot perbualan antara Syed Amirul bersama seorang doktor yang dimuat naik di Twitter. Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga meraih 5,900 retweet dengan rata-rata netizen memuji dan melahirkan kekaguman terhadap pelayar berkenaan. "Darah rare memang dia PM (private message) ehh? Bapak best tak payah cari, pahala datang sendiri. Much respect bro," komen seorang netizen. "Darah O juga tapi tak pasti positif atau negatif. Semoga nanti saya boleh tolong orang macam awak jugakk!" komen seorang lagi netizen. Syed Amirul merupakan seorang kakitangan perubatan di sebuah hospital di Sabah. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berkenaan, Syed Amirul Firdaus Syed Mahusin berkata perkongsiannya itu sekadar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma darah. "Saya belajar bahagian perubatan jadi saya tahu mengenai kepentingan menderma darah. "Dalam situasi baru-baru ni, pesakit itu yang merupakan seorang wanita hamil dimasukkan ke hospital kerana mengalami plasenta previa. Dia tak boleh melahirkan anak secara normal dan kena melalui pembedahan. Untuk penderma kumpulan O negatif, kebiasaannya tunggu panggilan daripada hospital. Mereka hubungi dan baru pergi menderma kerana bimbang berlaku pembaziran. SYED AMIRUL FIRDAUS SYED MAHUSIN PENDERMA DARAH "Dia berisiko untuk mengalami tumpah darah yang banyak, jadi perlu standby darah jenis sama iaitu O negatif. Individu yang mempunyai kumpulan darah O negatif hanya boleh menerima darah dari kumpulan yang sama sahaja," katanya. Tambahnya lagi, kebiasaannya pihak hospital akan menghubunginya jika mereka memerlukan bekalan darah. "Untuk penderma kumpulan O negatif, kebiasaannya tunggu panggilan daripada hospital. Mereka hubungi dan baru pergi menderma kerana bimbang berlaku pembaziran. Darah juga ada tarikh luputnya," katanya yang bertugas di sebuah hospital di Sabah sejak lebih setahun yang lalu. Syed Amirul berharap perkongsiannya dapat membuka orang ramai mengenai kepentingan menderma darah. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, pemuda berusia 26 tahun ini berkata dia sememangnya berniat untuk membantu mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung, dia berharap kisah tersebut dapat memberi mesej kesedaran kepada orang ramai. "Saya tweet sekadar untuk beri kesedaran saja sebab rasanya masih ada yang tak aware. Sebenarnya benda itu mungkin nampak kecil, tapi beri kesan dan kebaikan untuk orang lain. Antara komen netizen yang kagum dengan tindakan Syed Amirul. "Selalu juga saya share kempen-kempen menderma darah di Facebook supaya orang ramai boleh tahu lokasi mana yang sedang buat kempen. "Prosedur nak menderma ni sangat mudah dan tak ambil masa yang lama sangat pun. Kalau nak menderma di hospital, mereka ada bahagian tabung darah. "Dan lagi satu, inilah salah satu cara mudah untuk kita buat pahala. Hari ini hari orang, kita tak tahu nanti tiba masanya hari kita pula," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!