suria

Meriah! Girls trip dari KL-Thailand untuk makan-makan jadi perhatian, ‘part’ naik tren buat ramai teruja - “Rasa macam filem Hindustan”

Empat wanita ini menaiki kereta api untuk ke Hatyai, Thailand dan kisah pengembaraan mereka menjadi tular di laman Twitter.

BIARPUN sudah beberapa kali berkunjung ke Hatyai, Thailand, pengalaman ke sana dengan menaiki kereta api nyata memberi pengalaman berbeza buat wanita ini.

Menurut Aznie Afiza, 31, dia berkunjung ke sana pada tahun lalu bersama tiga lagi rakannya dan menyifatkan pengalaman itu sebagai lain dari dari yang lain.

Tampil berkongsi kisah perjalanannya di laman Twitter, perkongsian penuh maklumat itu turut mengundang perhatian ramai sehingga meraih lebih 15,000 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: Road trip 3 remaja rentas 4 negeri, tukang bawa kereta siap pesan jangan mulut cabul – “Cermin pandang belakang tak tengok langsung, seram!”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bercuti 30 minit dari rumah je, tapi gaya macam nak ke luar negara... aksi catwalk gadis Pasir Gudang bikin ramai terhibur - “Kalau bab OOTD memang laju”

Mesra disapa Aznie, dia mendedahkan pengembaraan penuh keriangan bersama rakan yang dikenali sebagai Mira, Lea dan Farini itu bermula dengan idea salah seorang daripada mereka.

"Plan dalam dua minggu sahaja, nak kata last minute pun tak sangat. Tapi tak rumit pun. Biasanya kalau naik flight tu nak kena menunggu lama sebelum berlepas. Dengan train ni senang je.

"Dari Kuala Lumpur kami naik ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) ke Padang Besar, Perlis sebelum naik satu lagi train untuk ke Hatyai.

Aznie berkongsi kisah pengembaraan bersama rakannya menerusi laman Twitter.

"Itu kali pertama saya naik ETS. Kawan yang bagi idea, saya kata kenapa tidak untuk mencuba? Paling best kita boleh bergerak dari gerabak ke gerabak, ada kafe dan sebagainya," ujarnya kepada mStar.

Menurut Aznie, perjalanan menaiki kereta api bagaimanapun cukup berbeza dan pengalaman itu disifatkannya persis babak dalam filem Hindustan.

Malah katanya, jika enggan menaiki tren sekali pun, mereka boleh sahaja menaiki kereta atau van dari Padang Besar untuk masuk ke negara jiran itu.

Tapi tetap kena ambil langkah berjaga-jaga. Sebagai wanita, bawa barang yang perlu sahaja.

AZNIE AFIZA

"Bila dah sampai Padang Besar, boleh je nak sewa van atau pengangkutan lain. Tapi kami pilih untuk sambung perjalanan dengan tren.

"Rasa macam filem Hindustan, boleh buka tingkap secara manual, dengar bunyi hon sepanjang jalan.

"Kami juga dapat menikmati permandangan kampung, memang seronok. Paling seronok tentunya makanan di sana. Memang pergi untuk makan-makan je," ujarnya yang berkunjung ke sana selama tiga hari.

Perjalanan empat wanita ini dikongsi di laman Twitter sehingga ia menjadi tular.

Menurut Aznie lagi, biarpun kesemua mereka kaum hawa, dia tidak begitu risau memandangkan sudah biasa ke sana sebelum ini dengan menaiki bas dan pesawat.

Lebih meyakinkan katanya, salah seorang daripada rakannya merupakan seorang anggota polis sekali gus membuatkan mereka berasa lebih selamat.

"Saya sebenarnya dah empat ke lima kali pergi sana. Lagi satu sebab kawan saya tu polis. Semua jenis lasak-lasak.

Antara foto kenangan yang sempat dirakam di Hatyai.

"Tapi tetap kena ambil langkah berjaga-jaga. Sebagai wanita, bawa barang yang perlu sahaja.

"Kalau boleh pakai beg galas di bahagian depan, jangan pakai barang kemas dan barang berharga. Bawa duit dan pasport dah memadai," kata ketua pengurus agensi sebuah syarikat insuran

Sepanjang di sana kata Aznie, dia dan tiga lagi rakannya banyak menghabiskan masa mencuba pelbagai makanan yang menyelerakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Aznie Afiza, ETS, Hatyai, kereta api, tren, bercuti

Artikel Lain