SEORANG bapa kepada lima anak mencuba nasib menanam bayam Brazil, pegaga dan ulam raja selepas tanaman pokok cili yang diusahakannya tidak menjadi. Md Yusoff Sulaiman, 58, mula mengusahakan tanaman tersebut di tanah terbiar di hadapan rumahnya dekat Klebang Restu, Chemor, Perak sejak Januari lalu. Beberapa keping foto hasil tanaman Md Yusoff yang hijau merimbun dikongsi anak keempatnya, Shazriel menerusi satu bebenang di Twitter sehingga menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: “Berbudi kepada tanah takkan rugi” - Pereka grafik wanita ini rela tinggalkan kehidupan kota, balik Teluk Intan jadi petani ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan suami terkontang kanting bersama 6 anak, wanita hamil 7 bulan gigih cari duit... pitam masa jual jagung - “Saya cuba terus kuat” Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berusia 21 tahun itu berkata pada awalnya bapanya melakukan aktiviti bercucuk tanam sekadar hobi. Ibu Shazriel, Nurhasimah Abdul Khalid membantu suaminya menuai hasil bayam Brazil untuk dijadikan kerepek. "Asalnya ayah tanam cili, lepas tu tak berapa menjadi sangat. Lagipun banyak keluar kos, jadi ada kerugian dekat situ. Akhirnya ayah tukar tanam bayam Brazil, pegaga dan ulam raja. "Memang hobi ayah bercucuk tanam sebab ayah dah berhenti kerja sebagai pemandu lori. Masa PKP tu dia tak buat apa-apa jadi dia tebas tanah depan rumah kami. Ayah pakai baja organik macam sisa-sisa kulit telur dan kulit pisang. Jadi tak perlu risau sebab memang tak guna racun. SHAZRIEL YUSOFF Anak "Mula-mula sikit-sikit je sebab selalu tengok gambar mak share. Tapi bila balik rumah tu saya terkejut... wow banyaknya. Sejuk je mata memandang sebab tengok tanaman tu hijau merimbun," katanya. Namun kini, Shazriel berkata tanaman tersebut menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga mereka. "Ayah sebelum ni kerja pemandu lori. Sejak berhenti dah tak ada pendapatan masuk jadi ayah bercucuk tanam untuk menyara keluarga. Hasil tanaman tersebut turut dijual Md Yusoff di pasar berdekatan. "Ayah selalu hantar ke pasar tapi tak dapat banyaklah. Sebab tu mak start buat kerepek bayam Brazil untuk dijual. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. "Walaupun baru start seminggu dua ini, ramai minta. Sampaikan mak tak menang tangan nak menggoreng. Nasib baiklah ada adik bongsu yang membantu," katanya. Uniknya, Shazriel berkata bapanya menggunakan baja organik untuk tanaman tersebut. "Ayah pakai baja organik macam sisa-sisa kulit telur dan kulit pisang. Jadi tak perlu risau sebab memang tak guna racun. "Semuanya bahan organik daripada hampas makanan," katanya. Mengenai perkongsian di Twitternya, penuntut Universiti Malaya itu berkata dia sekadar mahu membantu mempromosikan kerepek bayam Brazil air tangan ibunya. Kerepek bayam Brazil air tangan ibu Shazriel. "Saya niat nak bantu mak dan ayah sebab tengok penat lelah mereka selama ini. Saya nak tunjukkan waktu PKP kita bukan sekadar duduk rumah je. "Ada je benda boleh buat. Kita berbudi kepada tanah orang cakap, akhirnya menampakkan hasil. Saya harap apa yang saya lakukan ini dapat membantu mempromosikan kerepek mak saya," katanya. Menurut Shazriel, sebalang kerepek bayam Brazil itu dijual pada harga RM22. "Harga sebalang dalam RM22. Kalau area Ipoh saya boleh COD, luar Ipoh pula boleh post. "Tapi kalau nak beli dekat Shopee pun ada. Kita ada jual dekat situ juga," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!