suria

Kacak dan bergaya... ramai teruja Dr Noor Hisham persis model di sisi mural potret gergasi – “James Bond Malaysia”

Kacak, segak, bergaya... Dr Noor Hisham bergambar bersama mural gergasi potret beliau. Foto Twitter @DGHisham

"WAH pertama kali tengok @DGHisham pakai cermin mata hitam."

Demikian komen seorang netizen yang teruja melihat foto Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu sendiri, di laman Twitter pada Sabtu.

Kacak, segak dan bergaya, Dr Noor Hisham berdiri megah di sebalik mural potret gergasi dirinya di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham 'bersuara' tengok wajahnya dihasilkan guna serbuk koko... pelajar ada alasan kenapa Milo jadi pilihan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis autistik batal hasrat berhijrah, Dr Noor Hisham sebabnya... potret pada cawan Starbucks tanda penghargaan – "Siapa lagi kalau bukan kita bangunkan negara"

Berbaju batik ungu dan biru serta berseluar serta berkasut hitam, Dr Noor Hisham tersenyum persis seorang model.



Dr Noor Hisham merakamkan penghargaan di atas lukisan potret beliau.

"Saya berada di sana pagi ini dan berasa semangat patriotik yang sangat kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penggiat seni yang berbakat dan cemerlang di atas kemahiran dan karya seni yang luar biasa.

"Ini menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai peranan dalam krisis pandemik ini," tulis beliau di laman Twitter @DGHisham mengenai pandemik Covid-19.

Rata-rata netizen memuji foto yang dikongsikan Dr Noor Hisham, figura yang komited dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.



Pelukis, Muhammad Suhami Ali yang melukis mural potret Yang di-Pertuan Agong dan Dr Noor Hisham. Foto instagram miey_ali

"Ada swag datuk. Hanya batik dan cermin mata (hitam) membuatkan anda kelihatan 20 tahun lebih muda. Selamat berhujung minggu Datuk," komen @_namjxx.

"Tuan @DGHisham nampak segak. Macam orang muda. By the way, lawa baju," tulis @korx41.

Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penggiat seni yang berbakat dan cemerlang di atas kemahiran dan karya seni yang luar biasa

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

"James Bond Malaysia," komen @Misserinorla yang merujuk kepada watak filem pecah panggung dari Hollywood mengenai ejen 007.

"Most handsome Malaysian 2020 (Rakyat Malaysia paling kacak 2020)," puji @mullericious.

"Handsome @DGHisham berkaca mata hitam," ujar @ksoo1216.



Antara komen netizen yang memuji foto Dr Noor Hisham.

Lukisan wajah Dr Noor Hisham merupakan antara enam mural potret gergasi yang dilukis oleh sekumpulan anak muda pada dinding sebuah bangunan rumah kedai.

Selain potret Dr Noor Hisham adalah lukisan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kesemua mural potret merupakan hasil lukisan pelukis Muhammad Suhaimi Ali, 27; Abdul Hadi Ramli, 27 serta Muhamad Firdaus Nordin, 26.



Yang di-Pertuan Agong (kiri) dan Raja Permaisuri Agong berkenan hadir menyaksikan lukisan mural potret di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, Shah Alam. Foto Bernama

Pada petang Jumaat, Yang di-Pertuan Agong mencemar duli ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 untuk menyaksikan sendiri mural potret gergasi baginda.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tiga anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain