suria

Dapat tahu hamil gara-gara makan burger dengan cili api, ada sebab pasangan ini menangis - “Mula-mula tak nak check pun”

Lin melakukan kejutan kepada suaminya selepas mengetahui dirinya hamil baru-baru ini.

SETIAP wanita mempunyai simptom kehamilan yang berbeza sehingga ada yang tidak perasan dirinya sedang berbadan dua.

Begitulah situasi dilalui Nur Adeline Sallehuddin yang hanya mengetahui dirinya hamil baru-baru ini gara-gara tidak mengalami simptom mabuk hamil seperti loya dan muntah-muntah.

Namun Adeline yang disatukan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Nur Iliya Jamil pada 29 Mei lalu berkata dia hairan apabila tiba-tiba tidak suka dengan bau dan gaya rambut suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bini buat surprise sambutan hari jadi mewah, di akhir cerita suami ‘terkena’ bayar bil - “Sayang nanti bayar balik kan?”

ARTIKEL BERKAITAN: "Tengok kek tu pun dah tahu perangai dia” - Hehehe... pertama kali sambut Hari Ibu, isteri akui dah ‘masak’ dengan kerenah suami

"Sebelum tu memang tak expect pun pregnant sebab kami baru je kahwin. Yang peliknya deria bau tiba-tiba berubah. Saya cakap mulut dia berbaulah.

Lin dan suaminya sebak kerana tidak dapat menahan air mata kegembiraan.

"Sampaikan saya selalu suruh dia mandi sebab bau busuk. Saya siap beritahu suami dah mandi baru boleh dekat.

"Saya juga suka marah-marah dan paling kelakar saya tiba-tiba tak suka tengok rambut dia padahal sebelum ni rambut dia sama je," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun wanita berusia 24 tahun itu terdetik untuk melakukan ujian kehamilan di rumah (UPT) selepas mengalami cirit-birit baru-baru ini.

"Malam sebelum tahu pregnant tu saya makan burger dengan cili api, gigit macam tu je. So pagi tu tak boleh tidur sebab cirit-birit.

"Mula-mula tak nak check pun tapi famili nasihatkan untuk check. Bila fikir balik dah cirit-birit takut jadi apa-apa terpaksa check.

"Kalau tak (cirit-birit) saya tak nak check dulu sebab fikir awal lagi. Lepas tu check tengok double line. Memang terkejutlah, " katanya.

Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada 29 Mei lalu.

Mesra disapa Lin, dia berhasrat untuk membuat kejutan kepada suaminya selepas mengetahui berita gembira itu.

"Masa tu husband tak tahu lagi. Jadi saya plan nak buat surprise dan rakam momen tersebut sebagai kenangan untuk kami berdua.

Jadi saya anggap video kejutan tu sebagai pengganti kepada momen wedding yang kami impikan seperti pasangan lain tetapi tidak dapat direalisasikan.

NUR ADELINE SALLEHUDDIN

Isteri

"Bila tunjuk kit kehamilan tu suami pun terkejut dan tiba-tiba dia jadi sebak sebab kami tak expect pun diberikan rezeki begitu cepat," katanya.

Momen indah itu dikongsi anak bongsu daripada tiga beradik itu di Twitternya sehingga mendapat lebih 16,000 tontonan dalam kalangan netizen.

Rakaman video itu memaparkan Lin menyerahkan kit ujian kehamilan kepada suaminya sebelum kedua-duanya berpelukan dan tidak dapat menahan air mata kegembiraan.

Posting Lin menjadi tular di Twitter.

Jelas Lin, dia tidak menduga video tersebut menjadi tular kerana dia sekadar mahu mengabadikan momen indah itu untuk kenangan mereka berdua.

"Kami sebenarnya teringin nak ada video kenangan wedding tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami tak teruskan majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung di Dewan Perdana Felda pada 20 Jun lalu.

"Jadi saya anggap video kejutan tu sebagai pengganti kepada momen wedding yang kami impikan seperti pasangan lain tetapi tidak dapat direalisasikan," kata Lin yang menjalankan beberapa perniagaan bersama suaminya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hamil, video, kejutan, suami, PKP, ujian, dua garis

Artikel Lain