suria

Suami orang lain meninggal dunia, guru sedar sesuatu selepas lihat isterinya berderai air mata - “Bersediakah jika yang balik hanya sekujur jasad kaku”

Seorang guru berkongsi pengalaman mengenai rakan sekerjanya yang kehilangan suami. Gambar hiasan

MENERIMA berita mengenai pemergian seseorang pastinya mengejutkan.

Walaupun yang meninggal dunia itu tidak dikenali secara rapat, tapi kesannya tetap dapat dirasakan apabila mengenangkan nasib keluarga arwah.

Bayangkan arwah meninggalkan suami atau isteri, apatah lagi anak-anak terutama yang masih kecil, mereka tidak tahu apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian suami semasa hamil 4 bulan dorong isteri tunaikan hasrat rakam foto 'sekeluarga' – "Tak sangka ketam masak lemak air tangan terakhir"

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak jamah tapi temankan saya sahur pada hari terakhir dia..."

Berkongsi pengalaman, seorang guru lelaki menerima panggilan yang membawa perkhabaran bahawa suami kepada seorang rakan sekerjanya meninggal dunia.



Kehilangan pasangan antara dugaan terbesar dalam rumah tangga. Gambar hiasan

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya agak terperanjat mendengar berita tersebut. Isteri tanya kenapa ni?

"Saya beritahu isteri... Sayang, suami kepada kawan kita baru je meninggal," tulisnya menerusi satu perkongsian di halaman Facebook, Muhammad Yusof.

Lebih mengejutkan, guru tersebut memberitahu isterinya tiba-tiba menitiskan air mata sejurus mendengar berita yang mengejutkan itu.

"Tiba-tiba automatik air mata isteri menitis dengan laju. Dia kata tak dapat bayangkan kalau tiba-tiba suami sayang tiba-tiba dah tak ada. Saya terus jadi sebak, sesebak sebaknya.

"Ya, kata-kata ini lahir dari hati tulus seorang isteri. Dan saya kira semua isteri ada hati yang tulus macam isteri saya," katanya.



Perkongsian seorang guru menjadi perhatian di laman sosial.

Menurut Muhammad Yusof, tidak dinafikan seorang isteri mempunyai sikap yang mungkin tidak disenangi tetapi mereka sebenarnya menyayangi suami masing-masing.

"Kadang-kadang ada masanya isteri suka membebel, suka ungkit itu ungkit ini, suka gaduh manja, suka nak cari pasal dengan suami.

"Tapi dalam masa yang sama sebenarnya mereka hanya nak perhatian si suami dan hakikatnya jauh di lubuk hati, mereka sangat sayang suami mereka," tambahnya.

Bersediakah anda menghadapi situasi suami yang baru kita salam, kita kucup dahi mereka semasa mereka pergi kerja tiba-tiba yang balik hanya sekujur jasad yang kaku.

MUHAMMAD YUSOF

Bercakap mengenai kehilangan suami, guru tersebut menjelaskan telah banyak yang diperkatakan tentang persediaan seorang isteri dari aspek fizikal seperti sumber kewangan.

"Macam sediakan sumber tabungan yang cukup untuk tampung keluarga, ada tabungan hibah, ambil tahu tentang akaun suami dan kena pandai memandu kereta," katanya.



Sebahagian komen netizen.

Kerana ajal dan maut itu ketentuan Tuhan, Muhammad Yusof cuba mengemukakan pertanyaannya kepada kaum isteri mengenai suami mereka.

"Adakah isteri sudah cukup bersedia dari sudut motivasi dan psikologi untuk menghadapi kehilangan suami yang dia hadap setiap hari? Saya nak tanya para isteri, bersediakah anda menghadapi semua ini?

"Bersediakah anda menghadapi situasi suami yang baru kita salam, kita kucup dahi mereka semasa mereka pergi kerja tiba-tiba yang balik hanya sekujur jasad yang kaku," katanya.



Kaum isteri berkongsi pengalaman kehilangan suami.

Posting guru tersebut bukan sahaja mengundang sebak netizen, malah membuka mata kaum isteri mengenai nasib yang bakal dialami mereka sekiranya suami meninggal dunia.

"Dah 32 tahun kawin... kalau bayangkan ini berlaku, memang luluh hati. Kalau sembang dengan suami, memang tak pernah timbul isu ini," komen seorang isteri.

"Semua pasti akan pergi. Tapi saya selalu berdoa kepada Allah SWT biarlah saya yang pergi dulu. Sebab tak dapat nak bayangkan kesedihan perginya orang yang kita sayang. Moga Allah perkenakan," ujar netizen lain.

"Hampir tiga tahun kehilangan suami tercinta, saya masih tak dapat move on. Walau saya melakukan rutin seperti biasa, ke hulu ke hilir, hakikatnya jiwa saya ada bersamanya, ” ujar seorang isteri yang berkongsi kehilangan suami.

"Ramai yang mengatakan saya kuat namun hakikatnya apa yang di dalam hati tak dapat di lihat. Sampai sekarang saya masih tak boleh dengar kisah-kisah pasal suami dan lagu-lagu cinta. Allah kuatkan hati ku ya Allah," tambah wanita itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain