suria

Buat latihan Paskal ke? Tiga hari bergembira di pulau, wanita pulang dengan wajah berbeza - “Saya terkejut, tapi puas hati”

Perkongsian Alwina mengenai 'transformasi' wajahnya selepas bercuti di Pulau Perhentian menjadi tular di Twitter.

"SEJUJURNYA saya sendiri terkejut tengok perubahan ketara kulit muka. Tapi saya puas hati kerana dapat menikmati sepuas-puasnya aktiviti di sana."

Demikian kata seorang wanita mengulas mengenai kulit wajahnya yang 'terbakar' teruk gara-gara melakukan aktiviti outdoor di Pulau Perhentian, baru-baru ini.

Perkongsian Alwani Ismail yang turut memuatnaik gambar perubahan kulit wajahnya dengan kapsyen 'Transformation Pulau Perhentian' menjadi tular di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok testimoni pengguna lain, kulit mereka jadi cantik” - Gadis selamba kongsi foto muka penuh jerawat selepas guna produk dicadangkan makcik

ARTIKEL BERKAITAN: Muka anak disamakan macam bulan, ibu yang rasa ‘sakit’ nekad bawa gadis ini jumpa pakar - “Kali pertama rawatan, mereka picit jerawat saya”

Sehingga kini, perkongsian itu meraih 11,600 retweet serta lebih 20,000 likes selain turut dihujani komen netizen yang 'tergamam' dengan perubahan kulit wajahnya.

"Ini pergi Pulau Perhentian buat latihan Paskal ke?" demikian gurauan seorang netizen.



Terdedah dalam jangka masa lama ketika berkayak menjadi salah satu punca kulit Alwani 'terbakar'.

Namun rata-rata pelayar tidak lokek berkongsi tip bagaimana memilih pelindung sinaran matahari (sunblock) dan juga cara untuk memulihkan kulit wajah selepas teruk 'terbakar'.

Menurut Alwani, dia bersama rakan-rakan sememangnya banyak menghabiskan masa dengan menikmati aktiviti outdoor sepanjang tiga hari bercuti di pulau berkenaan.

"Saya dan tiga rakan menyertai pakej aktiviti menerusi sebuah agensi pelancongan.



Snorkeling dan melukis merupakan antara aktiviti yang dilakukan sepanjang Alwani bercuti di Pulau Perhentian.

"Sememangnya banyak aktiviti yang diatur untuk kumpulan kami yang terdiri seramai lebih 20 orang. Semua mereka guide... memang puas hati.

"Hari pertama tiba, kami buat aktiviti bebas. Masa tiba di sana, cuaca sememangnya agak panas. Masuk hari kedua, saya sertai aktiviti dari pagi hingga petang.

"Mula-mula snorkeling dan di sebelah petang, saya sambung aktiviti berkayak pula. Bila main air, memang tak terasa panas. Tapi selepas itu baru nampak kulit dah gelap hingga kawan pun tegur," kata wanita berusia 26 tahun ini kepada mStar.



Alwani bersama tiga rakannya menyertai pakej percutian menerusi sebuah agensi pelancongan, Ohana Adventure Sport selama tiga hari.

Menurut Alwani, dia sudah memakai krim pelindung sinaran matahari sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

"Tapi mungkin disebabkan cuaca pulau agak panas ditambah pula dengan tindak balas air masin, itu yang terbakar teruk.

Ramai yang tegur khususnya individu yang rapat dengan saya. Mahu tak mahu hadap sajalah.

ALWANI ISMAIL

"Saya memang sukakan aktiviti outdoor dan aktif mendaki gunung (hiking), sertai larian dan berkayak. Bagi saya, kulit yang gelap boleh pulih, jadi mengapa tidak kita nikmati aktiviti sepuas-puasnya.

"Masa inilah kita dapat hargai masa dengan lakukan perkara yang boleh hilangkan stres. Takkan nak duduk saja bila ke pulau. Cuma nasihat saya, bagi yang ada masalah kulit, kena hati-hati dan pilih krim yang sesuai," ujarnya yang berasal dari Klang.



Alwani tidak mahu menggunakan produk sembarangan semata-mata mahu memulihkan kulit wajah agar kelihatan seperti sebelumnya.

Mengakui terbit rasa malu dan berasa kurang keyakinan diri selepas ramai yang menegur perubahan kulit wajahnya, Alwani berkata dia bagaimanapun enggan terlalu memikirkan perkara berkenaan.

"Ramai yang tegur khususnya individu yang rapat dengan saya. Mahu tak mahu hadap sajalah.



Antara komen netizen terhadap perkongsian Alwani.

"Sekarang ni saya hanya sapukan bedak sejuk dan hanya amalkan rutin mencuci wajah seperti biasa. Saya tak nak guna produk sembarangan hanya kerana nak kulit pulih cepat.

"Tak mengapa jika ambil masa sikit nak pulih, asalkan kulit sihat dan terhindar daripada bahaya," ujarnya mengakhiri bicara.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain