suria

“Macam dah tak nak makan” - Sotong jadi cincin 4 jari... niat remaja nak imbas memori zaman kanak-kanak, tapi lain pula jadinya

Perkongsian pemuda itu menerima banyak kecaman di laman Twitter.

NIAT di hati mahu mengimbas memori zaman kanak-kanak, namun lain pula reaksi yang diterima.

Begitulah nasib menimpa Muhamad Asrhaf Mohd Nafir, 19, setelah dia berkongsi foto hirisan sotong yang dipakaikan pada jari seperti cincin.

Mesra disapa Asrhaf, lepasan Sijil Pelajaran Malasyia (SPM) dari Pasir Mas, Kelantan itu mengakui menerima pelbagai reaksi berbeza di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Api hang tu membakar, bukan membara...” - Juadah ‘ayam tayar’ 25 Ramadan rentung, tapi rasanya sedap buat pemuda Johor ini nak cuba lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Misi isteri gagal! Kek hari jadi anak tiba-tiba bertukar bentuk... suami ‘nakal’ suruh anak ke dapur ambil lesung batu

Selain dianggap menjijikkan, ada pula yang menganggap dia seolah-olah sedang mempermainkan makanan.

"Itu sebenarnya gambar minggu lepas, masa makan tengah hari bersama keluarga. Mak saya buat lauk sotong masa pedas.

"Mak kata, saya masa zaman kecil selalu buat macam tu sebab berebut sotong. Jadi saya cuba buat dan ambil gambar.

"Sekadar nak imbas kenangan masa kecil dulu. Tak sangka ramai yang komen. Kebanyakannya kecam, tapi ada je yang terhibur," ujarnya kepada mStar.

Posting mengenai hidangan sotong itu menerima maklum balas berbeza-beza di laman Twitter. (Gambar Hiasan)

Menurut Asrhaf, dia bagaimanapun tidak ambil kisah dengan kecaman yang diterima.

Malah katanya, ramai juga pelayar Twitter memberi kata-kata positif memandangkan mereka turut melakukan hal sama sewaktu kanak-kanak dahulu.

"Kalau kita dah besar ni memang la geli sikit kalau buat, tapi masa kanak-kanak dulu tak tahu apa-apa.

"Tapi saya pun malas nak layan komen kecaman. Kita makan, kita kenyang... yang kecam dapat apa?

Sekadar nak imbas kenangan masa kecil dulu.

MUHAMAD ASRHAF MOHD NAFIR

"Ramai juga yang kongsi, selain lauk sotong, jajan Supering pun selalu dipakai seperti cincin sewaktu mereka kecil," jelasnya lagi.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 3,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen sejak dimuat naik Isnin lalu.

"Lepas tengok ni rasa macam dah tak nak makan sambal sotong.

Antara kecaman yang diterima.

"Nampak jijik bila dah besar, rasa seronok time kecil dulu je.

"Nak marahnya aku tengok gambar ni. Otak dia buat sotong macam tu.

"Dapat mak aku. Habis kecoh satu rumah. Berani buat lah gini," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain