SEBUNGKUS nasi lemak berlaukkan ikan bilis, timun, kacang, telur dan sambal pastinya membuatkan ramai yang terliur. Seorang bintang YouTube, Darren Cronian sebelum ini sanggup terbang sejauh hampir 10,000 kilometer dari Greece ke Malaysia, hanya kerana mengidam nasi lemak. Ada juga kisah kurang menarik mengenai nasi lemak, apabila segelintir pelanggan hampa membeli nasi lemak bungkus dengan telur dadah nipis dan kecil bersaiz kad sim. ARTIKEL BERKAITAN: Nasi lemak dah dapat, kini mengidam burger pula... mat salleh nak 'terbang' lagi... kali ini 16,000km dari UK ke KL ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber mat salih hampa... lari demi nasi lemak, akhirnya dapat lauk 'telur dadar sim card'! - "Habis makan, terus saya cari kat tempat lain" Namun, pengalaman seorang gadis menerusi perkongsiannya di laman Twitter berkaitan nasi lemak merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku. "Pertama kali nampak nasi lemak dibalut telur macam ini. Selalu kecil je," tulisnya menerusi perkongsian di laman Twitter. Perkongsian Farina mengenai nasi lemak menarik perhatian ramai. Gadis berkenaan, Siti Farina Razak berkata, nasi lemak bungkus itu dibeli oleh abang iparnya di pekan Parit Yusuf di Muar, Johor. Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, ia merupakan pertama kali mereka sekeluarga menikmati nasi lemak dengan telur dadar yang bersaiz besar. "Sebelum ini abang ipar akan beli nasi lemak di satu kedai tetapi kebetulan kedai tu tak buka. Jadi, abang ipar pulang ke rumah bawa nasi lemak dibeli di kedai lain. "Lepas hantar nasi lemak, abang ipar terus pergi kerja. Mak yang buka bungkusan nasi lemak tu terkejut dan jerit panggil nama saya," katanya kepada mStar. Nasi lemak yang diberi jolokan 'nasi lemak sim card' kerana telur dadar yang kecil dan nipis. Foto Twitter fazley13 Anak kelahiran Muar itu berkata, dia pada mulanya menyangka terdapat dua keping daun pisang digunakan sebagai pembungkus nasi lemak dengan tanggapan helaian daun pertama berwarna kekuningan. "Biasanya nasi lemak dibungkus dengan daun pisang warna hijau. Tapi yang bungkusan nasi lemak yang dibuka itu daunnya dah lama, warna pun dah jadi kekuningan. Kebanyakan kawasan di sini (Parit Yusuf) memang jual pada harga RM1 sebungkus untuk nasi lemak telur biasa, tapi tindakan peniaga tu wajar dijadikan contoh sebab tak kedekut SITI FARINA RAZAK "Bila saya pegang daun yang kedua, saya terkejut eh telur (dadar) rupanya. Telur dadar tu memang balut satu nasi yang lengkap dengan sambal, ikan bilis, kacang dan timur. Telur dadar tu pun tak nipis," katanya. Menurut Siti Farina, ia merupakan pertama kali menikmati nasi lemak berlaukkan telur dadar sebesar itu, malah saiz lebih besar berbanding telur goreng biasa. Seorang netizen turut berkongsi nasi lemak yang dibalut dengan telur dadar. Foto Twitter db4othm4n "Sebelum ini saya selalu dapat telur dadar kecil dan nipis je dalam nasi lemak, macam yang orang selalu sebut 'telur sim card'. "Kali ni dapat besar, dah macam nasi lemak Pattaya sebab yang jenis telur dadar berbalut begini konsep menu nasi goreng Pattaya," katanya sambil menambah dia difahamkan gerai nasi lemak itu beroperasi di sebuah restoran di pekan Parit Yusuf. Menurut Siti Farina, nasi lemak yang dibalut dengan telur dadar itu dijual pada harga RM1. Siti Farina berkata, nasi lemak bungkus telur dadar itu juga dijual pada harga berpatutan iaitu hanya RM1 sebungkus. "Kebanyakan kawasan di sini (Parit Yusuf) memang jual pada harga RM1 sebungkus untuk nasi lemak telur biasa, tapi tindakan peniaga tu wajar dijadikan contoh sebab tak kedekut. "Kadang-kadang orang tak kisah sangat pasal harga selagi dijual berpatutan. Apa yang juga penting adalah isi di dalamnya sebab orang beli nak makan, bukan setakat rasa," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!