“ANDA rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Ayat tersebut secara automatik terus mengingatkan kita kepada iklan paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol di negara ini. Namun ubat yang diambil untuk membantu melegakan sakit kepala itu kecoh diperkatakan di media sosial apabila Dr Amalina berkongsi pertanyaan seorang netizen mengenai ‘mitos’ panadol di Twitternya. ARTIKEL BERKAITAN: Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan ARTIKEL BERKAITAN: Amal makan budu punca jadi bijak? Nanti dulu.... cuba hadam kata-kata Dr Amalina Posting Dr Amalina dengan kapsyen ‘Ada follower saya bertanya: Doktor, betul ke kalau makan panadol, ia akan kekal dalam badan selama lima tahun?’ mendapat lebih 4,400 ulang kicau dan 3,900 tanda suka dalam kalangan netizen. Dr Amalina sering berkongsi ilmu perubatan dengan pengikutnya di Twitter. Pakar bedah berpangkalan di United Kingdom (UK) itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. "Panadol atau paracetamol hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja. "Panadol akan diproses oleh hati bukan buah pinggang, sebelum dikumuhkan sebagai air kencing," katanya. Malah seorang gadis mendakwa dia dimaklumkan ubat tersebut berada di dalam badan selama lima tahun oleh guru subjek Sains di sekolahnya. "Unfortunately, yang beritahu benda ni dulu cikgu Sains aku. Emmm," kata Fiza. Dakwaan tersebut kata Fiza menyebabkan dia takut untuk mengambil ubat berkenaan. Dr Amalina menafikan ubat paracetamol kekal dalam badan manusia sehingga tempoh lima tahun. "Iyaa doktor. Masa tu kita takut-takutlah kan nak makan panadol lepas cikgu cakap macam tu. But me hmmm bedal je. Lima tahun dalam perut pun lantaklah. "Tak tahan sangat makan je. That was back then lah. Ampunkan beliau ya semua," katanya lagi. Panadol atau paracetamol hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja. DR AMALINA CHE BAKRI Pakar perubatan Pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan Dr Amalina tetapi juga pelayar Twitter lain. "Samalah cikgu cakap macam tu. Mak saudara pegawai bank cakap macam tu. Haihh," kata Nis. "Haah. Mostly cikgu cakap macam ni. And I realized benda ni tak betul bila dah masuk med school," kata Njwa. Susulan itu, Dr Amalina berkata panadol selamat untuk diambil mengikut dos yang disarankan. Antara komen netizen pada tweet tersebut. "Panadol bukan NSAID. Ia adalah acetaminophen. Take it regularly as recommended when you feel pain. "Jangan tunggu bila dah sakit teruk baru nak ambil. Kalau tidak berkesan pergi berjumpa doktor untuk further check up and advice," katanya. Jelas Dr Amalina lagi, bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang 50 kilogram, dos yang dibenarkan adalah 500 mg-1g, setiap empat hingga enam jam. "Bagi mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang, anda mengambil ubat TB, ubat pencair darah, atau ubat epilepsy sila dapatkan nasihat doktor atau pharmacist," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!