suria

Wanita lontar pendapat ‘rare’! Hantar parcel waktu tengah hari dianggap tak beradab - “Saya pakai telekung je ambil barang”

Perkongsian pandangan seorang wanita yang memberi teguran berhubung waktu penghantaran barang, mengundang reaksi pelbagai daripada netizen. Foto: Delivery Master Software

SEIRING dengan tekonologi semasa, pelbagai barangan boleh diperolehi dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

Tidak perlu membuang masa untuk ke pasaraya atau gedung beli belah, kini barangan yang dipesan secara dalam talian (online) akan dihantar sehingga ke depan pintu rumah!

Mungkin bagi sesetengah orang, kelibat pekerja penghantaran adalah yang paling dinanti-nantikan kerana mereka terlalu teruja menantikan barangan yang dipesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini manfaatkan lesennya habis-habisan ketika PKP... upah 10 sen pun ambil!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman berdepan datin ‘bengis lagi bakhil’ buat lelaki ini sedar nilai seorang rider - “Anak beri baki 10 sen minta isi minyak motor”

Namun bagi sebahagian yang lain, keadaan ini mungkin sedikit kurang 'menyenangkan' kerana ada masanya pekerja penghantaran tiba pada waktu yang tak dijangka dan dianggap kurang sesuai.

Baru-baru ini muncul perdebatan di media sosial berkenaan perkara ini selepas seorang pelayar memuatnaik pandangannya di Facebook.

Menurut pelayar berkenaan, pekerja penghantaran tidak wajar melakukan tugas menghantar barangan ke rumah pelanggan pada waktu tengah hari kerana ia bukan masa yang sesuai.



Perkongsian seorang pelayar Facebook yang memberi teguran berkaitan waktu penghantaran barang menjadi tular di media sosial.

"Tengah hari dan tengah malam adalah privasi. Dalam Islam, anda tidak dibenarkan datang ke rumah seseorang pada waktu ini.

"Saya pernah menerima parcel pada waktu tengah hari dan saya hairan mengapa pekerja penghantaran hantar pada waktu tengah hari?

"Tidakkah mereka tahu tengah hari adalah waktu peribadi untuk berehat dan tidur sebentar (qailullah), jamah makan tengah hari, waktu bersendirian untuk pasangan, suami isteri di bilik tidur, waktu untuk wanita menanggalkan hijab dan mandi dan waktu untuk solat Zohor?" tulis pelayar berkenaan.

Tambah pelayar itu, dia pernah menyuarakan perkara tersebut secara baik kepada pihak berkenaan namun tidak mendapat kerjasama.

"Ya saya faham kerja menghantar sangat memenatkan dan untuk menyelesaikan laluan, ia mengambil masa tapi kami juga bekerja dan penat!

"Waktu itu waktu rehat. Jadi kenapa tidak berhenti sebentar dan makan? Saya secara peribadi fikir adalah kurang beradab untuk pekerja penghantaran tidak memaklumkan pelanggan terlebih dahulu menerusi mesej sebelum tiba di depan pintu," tulisnya dalam bahasa Inggeris.



Antara komen netizen yang mengecam pandangan pelayar berkenaan.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Sebahagian daripadanya menyifatkan pelayar tersebut yang sebenarnya 'mementingkan diri' dan tidak memahami tugas seorang penghantar barangan.

"Kita yang patut toleransi, check tracking, dah selalu terima parcel mesti boleh agak timing posmen datang kan? Saya selalu pakai telekung ja ambil barang. Langsung bukan satu isu," ujar seorang netizen.

"Benda dia simple je kak. Hidup bermasyarakat kan? Just tolerate untuk benda-benda simple ni. Kau nak sangat privacy, pergi beli barang di physical store, jangan beli online," komen seorang netizen.



Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan hujah pelayar berkenaan.

Namun dalam pada itu, ada netizen yang bersetuju dengan pandangan pelayar berkenaan.

"Iya memang tugas penghantaran ni berat. Hantar SMS pemberitahuan sebolehnya. Ada syarikat penghantara sistemnya begini. Tak wajar tolak terus pelanggan, boleh pertimbangkan untuk improve kualiti perkhidmatan," tulis seorang netizen.

"Masa PKP pelanggan ada di rumah, senang. Selepas PKP, boleh dah runner berhenti rehat. Betul ganggu privasi dan waktu rehat orang. Jadi syarikat penghantaran yang kena berurusan dengan pelanggan tentang waktu penghantaran," ujar seorang lagi netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia