suria

Main alat muzik sejak kecil, cipta lagu dari umur 14 tahun... bekas pelajar engineering akui lagunya semua bunyi sama je

Kata Mia, dia sudah mencipta lagu sejak berusia 14 tahun.

BERCERITA mengenai bakat, ramai dalam kalangan kita sebenarnya mampu menyanyi dengan baik dan suara yang sedap didengar.

Namun, tak semua memiliki kebolehan bermain alat muzik, begitu juga mencipta lagu sendiri.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan gadis ini apabila dia mula mencipta lagu sendiri sejak berusia 14 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai meremang dengar bro ni tarik lagu Haqiem Rusli, akak ‘sibuk’ dengan gayung dan lauk kendurinya tiba-tiba popular!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

Menurut Mia Sara Mohd Balkhiah, 22, dia mula menyertai kelas muzik seawal usia tujuh tahun dan kini banyak berkongsi video nyanyiannya menerusi laman sosial.

"Mia memang suka buat lagu sendiri, tapi kebanyakannya separuh jalan je... buat suka-suka.

"Dari kecil lagi Mia dihantar ke kelas muzik dan boleh bermain gitar, ukulele dan piano.

Dedah Mia, ilham mencipta lagu kadang-kala hadir ketika sedang memandu kereta.

"Mia mula kongsi video cover nyanyian sewaktu umur 20 tahun dan turut berkongsi lagu-lagu nyanyian sendiri," ujarnya kepada mStar.

Menurut lepasan diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik itu, dia terharu dengan pelbagai komen positif yang diberikan di laman sosial.

Namun katanya, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif yang mengkritik lagu-lagu ciptaannya.

InsyaAllah jika ada peluang pergi lebih jauh, saya tak tolak.

MIA SARA

"Sebenarnya baru dua hari lepas, ada orang komen. Dia kata lagu ciptaan Mia bunyi sama je.

"Tapi Mia setuju apa dia kata. Sebab Mia guna ukulele dan tone yang sama. Mungkin Mia kena luaskan lagi range Mia.

"Apa-apapun, Mia hargai komen-komen mereka. Mia ambil secara positif semuanya," ujarnya lagi.

Mia merupakan lepasan diploma bidang Kejuruteraan Eletronik.

Bercerita mengenai proses mencipta lagu, Mia mengakui ilham datang dalam pelbagai cara.

Malah, dia sendiri mempunyai diari yang menghimpunkan segala penulisannya sebelum ia dijadikan sebagai lagu.

"Inspirasi datang secara random. Kadang-kadang masa tengah memandu kereta. Kadang-kadang masa tengah panaskan makanan dalam ketuhar.

Mia ambil positif segala komen yang diberikan di laman sosial.

"Biasanya Mia menulis mengenai pengalaman sendiri. InsyaAllah jika ada peluang pergi lebih jauh, Mia tak tolak. Mia terbuka kepada mana-mana peluang yang ada," ujarnya.

Terdahulu, posting video Mia yang sedang menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Crush mengundang perhatian ramai sehingga menerima lebih 180,000 tontonan di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Mia Sara, lagu, gitar, ukulele, bakat, muzik

Artikel Lain