BARU-BARU ini kita digemparkan dengan kejadian vandalisme ke atas mural gergasi yang melibatkan potret beberapa pemimpin negara. Lebih menyedihkan, mural gergasi yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diconteng dengan perkataan kesat menggunakan cat merah. Perbuatan ini bukan sahaja tidak beradab, malah ia menggambarkan betapa pelaku bersikap busuk hati seolah-olah tidak menghargai jasa insan-insan yang telah bertungkus lumus membanteras penularan Covid-19.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! CCTV bongkar perbuatan 2 suspek conteng mural potret pemimpin negara – “Tak sangka perempuan”ARTIKEL BERKAITAN: Kembali jadi lorong belakang! Walau sebak mural potret pemimpin negara dipadam, pelukis tetap bersemangat berkarya – “Tak kan nak touch up hari-hari” Seorang pendakwah bebas, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre turut tidak ketinggalan memberi ulasan mengenai insiden tersebut menerusi satu bebenang di Twitter. "Lukisan pelukis asal jika lakukannya ikhlas kerana Allah, walaupun telah dipadam, pahalanya tetap telah tersimpan dan tersedia untuk dituai di akhirat nanti," tulis pendakwah itu. Tambah Syed Abdul Kadir, sebaliknya si pelaku pula tidak akan terlepas menerima balasan di atas perbuatan mereka selagi mana mereka tidak bertaubat. Lukisan mural potret pemimpin yang diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab "Manakala contengan buruk si pelaku vandalisme itu, walaupun juga telah dipadam, selagi tidak bertaubat, ia tetap ada dalam catatan dosanya dan tersedia untuk di balas di akhirat nanti," tulisnya. Bukan sahaja menconteng perkataan kesat di dinding, namun dalam masa yang sama pendakwah itu berkata, adalah satu dosa sekiranya kata-kata negatif turut dilontarkan di media sosial. Justeru beliau turut menitipkan pesanan agar setiap individu menjaga batas dan adab ketika melontarkan pandangan atau komen-komen dalam apa jua platform. Tangkapan skrin daripada klip video CCTV menunjukkan imej pelaku yang merosakkan mural gergasi wajah pemimpin negara, baru-baru ini. "Terfikir juga, budaya apakah yang telah diwujudkan oleh mereka yang saban hari menyemai benci dengan ucapan juga tulisan di Twitter, FB, IG (Instagram). Saham dosa mungkin turut sama dirasai. "Maka pilihan di tangan kita. Adakah kita hendak 'melukis' pahala atau 'menconteng' dosa pada catatan amalan kita," tulisnya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih 3,100 retweet dan 8,000 likes selain turut dibanjiri dengan komen netizen. Pada Isnin, media melaporkan mural potret gergasi pemimpin negara hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27 tahun menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab walaupun ia belum genap sebulan menghiasi dinding sebuah bangunan rumah kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam. MBSA selesai memadamkan mural dengan cat putih. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis mengenalpasti dua individu dipercayai wanita yang terbabit dalam perbuatan vandalisme itu. Dua individu itu dikesan berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada bangunan kedai makan berdekatan lokasi kejadian. Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku vandalisme tersebut di mana tindakan akan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!