ADA peribahasa mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Ia memberi maksud seseorang itu bersiap-sedia sebelum menghadapi musibah atau kesukaran yang tak dijangka. Begitulah juga halnya dengan 'bekalan' yang ditinggalkan untuk keluarga tersayang kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput.ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control”ARTIKEL BERKAITAN: Misi kejutan nyaris gagal... isteri terpegang kotak hadiah, mujur suami pandai ‘tipu’ - “Terlalu banyak pengorbanannya, bagi kereta pun tak terbalas” Disebabkan itu, kebanyakan individu yang termasuk dalam golongan bapa sudah mula mempunyai kesedaran untuk mengambil perlindungan insurans serta pelan hibah untuk keluarganya sebagai persediaan awal. Namun begitu, masih ramai juga yang memandang remeh akan kepentingan melakukan persediaan awal sebagaimana perkongsian pengalaman oleh seorang ejen takaful bernama Faiq Syukri ini. Ceritanya berkisar tugasnya sebagai pembantu unit pengurus di AIA Public Takaful Berhad di mana pertemuan dengan seorang klien lelaki dianggap pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Posting Faiq Syukri mengenai pengalamannya dengan seorang klien meraih melebihi 3,000 shares di Facebook. "Lelaki itu yang juga seorang suami datang berjumpa kami untuk buat medical card buat dirinya. Memandangkan dia kontraktor kerja di tapak, dia rasa penting untuk ada medical card yang cukup untuk diri dia. "Dalam RM101 sebulan untuk RM150,000 peruntukan setiap tahun dan unlimited lifetime limit. Bila masuk bab hibah, dia cakap sesuatu yang bagi dia satu jenaka, tapi bagi kami tidak masuk akal. "Dia cakap 'kalau saya mati, sedaplah dia. Dapat duit daripada saya, syok-syok kahwin dengan laki lain'. Kami hanya terdiam. Selalu kalau client ketawa saya akan ketawa sekali tapi tidak untuk bab ini," katanya. Walaupun dia cari kami balik untuk buat medical card. Kami pass dia pada orang lain. FAIQ SYUKRI PEMBANTU UNIT PENGURUS AIA TAKAFUL PUBLIC TAKAFUL BERHAD Ujar Faiq yang sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang takaful, jawapan tersebut benar-benar membuatkannya terpana lantaran masih ada segelintir suami berfikiran sedemikian. "Kalau tak dapat buat hibah yang RM50 sebulan tu atas keadaan yang tak boleh dielakkan kami faham. Tapi kalau sebab rasa isteri untung, ini tidak waras. "Isteri korbankan hidupnya untuk bersama suami dan lahirkan anak tapi suami rasa rugi bila isteri dapat pampasan hibah. Hibah adalah duit daripada tabung tabarruk. Bukan duit semata-mata suami seorang carum," ujarnya lagi. Faiq sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang takaful. Disebabkan pengakuan 'jujur' lelaki berkenaan, Faiq berkata pihaknya membuat keputusan untuk menolak menjadi ejen takaful lelaki berkenaan. "Walaupun dia cari kami balik untuk buat medical card. Kami pass dia pada orang lain," ujarnya. Dalam pada itu tambah Faiq, sebagai ketua keluarga, seorang suami sewajarnya membuka mata dan mengambil tahu mengenai faedah mengambil hibah. Faiq menekankan betapa pentingnya untuk seorang ketua keluarga mengambil tahu mengenai hibah. "Sebabnya, suami penyumbang utama pendapatan keluarga. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Tak perlu meminta-minta simpati orang lain, sebab dah buat persediaan daripada awal. "Kedua, suami paling banyak hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku pada suami, macam mana isteri nak bayar hutang-hutang tu semua. Tak pasal habis harta kena tarik, kena kena lelong. "Dan ketiga, suami adalah ketua keluarga. Contohnya, suami bagi duit poket RM500 kepada isteri setiap bulan. Macam mana nak pastikan isteri masih dapat RM500 walaupun suami dah tak ada buat selamanya? So dengan cara hibahlah," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!