SEBUT sahaja gelang pink, pasti ramai yang terimbas kisah seorang wanita warga emas yang selamba berkunjung ke kedai makan sekembalinya dari luar negara sehingga mengundang kemarahan netizen. Terpanggil untuk memberi pendapat, Aina Alisha Aisan Fadhli, 23, yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada 2 Julai turut berkongsi nukilannya menerusi laman Twitter. Mesra disapa Aina, dia merupakan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pagoh, Johor yang baru menamatkan program pertukaran selama lima bulan di Ondokuz Mayis Üniversitesi, Samsun, Turki. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Makcik pakai tudung, wristband pink... tunggu denda dan tindakan selanjutnya ARTIKEL BERKAITAN: Makcik pakai tudung, gelang pink positif Covid-19... sedang dirawat di hospital "Saya dan tiga lagi rakan ke Turki pada Februari dan kembali ke Malaysia pada 2 Julai. Alhamdulillah saringan kedua mendapati saya negatif Covid-19 dan kuarantin wajib di rumah juga sudah tamat. "Sebenarnya bila saya tengok berita mengenai makcik tu, saya rasa terkejut. Betapa angkuh, tak patuh dan degilnya dia dengan arahan yang diberikan. "Kami diberikan penerangan lanjut oleh team kesihatan sejurus tiba di negara ini. Bila ada yang tak patuh, saya rasa sedih. Aina dan tiga rakannya mengikuti program pertukaran pelajar ke Turki sejak Februari. "Frontliners kita bertungkus-lumus untuk beri informasi, tapi mereka masih tak nak dengar," ujarnya kepada mStar. Menurut Aina yang menetap di Cheras, Selangor, tempoh 14 hari kuarantin wajib juga tidaklah begitu menyeksakan jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan rakyat negara ini berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Malah katanya, dia sedar kealpaan diri dalam menjalani kuarantin dengan betul boleh memberi risiko khususnya terhadap ahli keluarga yang sudah berusia. Rakyat Malaysia dah PKP dekat empat bulan. Tak susah pun kuarantin dua minggu tu. AINA ALISHA AISAN FADHLI "Penting untuk patuh arahan sebab kita tinggal dengan keluarga. Kalau saya ingkar, akan bawa masalah pada orang lain pula. Semua aspek perlu diambil kira. "Apalah sangat kuarantin dua minggu untuk yang baru pulang dari luar negara? Rakyat Malaysia dah PKP lebih empat bulan. Tak susah pun kuarantin dua minggu tu. "Saya sendiri awal-awal dah pesan pada keluarga, sediakan tempat tinggal khusus iaitu bilik tidur dan tandas berasingan di rumah. Mereka pun faham. Saya tahu Covid-19 ni penyakit yang bahaya," ujarnya lagi. Foto kenangan bersama rakan di sana. Menurut penuntut pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Komunikasi Antarabangsa itu, dia banyak menghabiskan masa sendirian dengan menonton filem dan berhubung dengan rakan secara maya dalam tempoh 14 hari itu. Malah katanya, ia seolah-olah memberi satu pengalaman baharu buat dirinya serta rakan-rakan lain yang baru pulang ke tanah air. Bercerita mengenai perjalanan di Turki, Aina mengakui tidak sempat berjalan-jalan ke banyak lokasi memandangkan Covid-19 mula menular tidak lama selepas ketibaannya di negara itu. Sambutan raya di Turki memberi pengalaman baharu buat Aina. "Saya sempat ke kampus dalam sebulan lebih je. Lepas tu semua kelas dalam talian sebab Covid-19 dah makin meruncing. "Mula-mula fikir sedih juga sebab tak boleh nak jalan-jalan kat sana. Kemudiannya puasa dan hari raya. Kami sambut raya dalam dorm je dengan pelajar lain. "Tapi ia pengalaman yang berbaloi dan menarik khususnya dengan kawan dari luar negara," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!