KEPETAHAN seorang kanak-kanak perempuan dari Kota Kinabalu, Sabah yang menuturkan dialog berbahasa Inggeris menerusi video 'acting challenge' di aplikasi TikTok menerima pujian ramai. Selain aplikasi video popular itu, ia turut dikongsi di Twitter dan sehingga kini meraih hampir 400,000 tontonan. Bercerita kepada mStar, Ratna Halim, 45, mendedahkan anak bongsunya itu, Sitti Raisya Baisara Rizwandean M Borhan baru sahaja berusia sembilan tahun. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun pelik, dia belajar sendiri sampai orang kampung panggil dia Aishah London” - Bapa murid petah B.Inggeris ARTIKEL BERKAITAN: Pelumba Pecut ‘speaking English’ pelat Terengganu jadi bahan lawak... “Saya kabo doh tak reti cakap Inggeris” Malah katanya, dia juga tidak menyedari kebolehan anaknya itu sehinggalah video yang dikongsi mula mendapat perhatian netizen. "Sebenarnya saya pun tak perasan. Dia buat je di TikTok. Tapi dia memang lancar bahasa Inggeris dari kecil. Dalam video itu memang suara dia sendiri, bukan miming. "Raisya merupakan anak ketiga saya dan dia bersekolah di sekolah aliran Cina. Video tu dirakam one take je. Video tular kanak-kanak itu di laman Twitter. "Tapi saya kawal semuanya, bukan dia yang handle TikTok. saya yang upload. Dia hanya buat video je," ujarnya sewaktu dihubungi. Mesra disapa Ratna, dia juga mengakui terharu dengan penerimaan orang ramai terhadap bakat dimiliki anak bongsunya. Malah katanya, dia sendiri tiada niat untuk ianya menjadi tular di media sosial, malahan berkongsi video itu atas tujuan suka-suka sahaja. Raisya memang jenis banyak cakap. Dia juga suka menulis dan melukis. RATNA HALIM "Alhamdulillah. Ayah dia pun tak sangka. Kami pun tiada niat nak viral. Kami tak paksa dia, kami cuma sokong semua minat dia. "Tapi Raisya memang jenis banyak cakap. Dia juga suka menulis dan melukis," ujarnya lagi. Menurut Ratna, biarpun Raisya memiliki bakat seperti itu, anaknya itu tidak pernah sekalipun menyuarakan hasrat untuk terjun ke bidang seni. Raisya bersama ahli keluarganya. Sebaliknya, seawal usia itu Raisya sudah menyatakan minatnya untuk bekerja sebagai guru dan penulis. "Dia cakap kat saya nak jadi cikgu. pada masa sama dia nak jadi penulis," ujarnya yang turut mendedahkan datuk Raisya merupakan pengarah filem Azura iaitu Deddy M Borhan. Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan komen dan memuji bakat dimiliki anak kecil itu. Bakat Raisya mencuri perhatian pelayar media sosial. Malah, ramai yang menyuarakan rasa kagum atas kebolehan Raisya berbahasa Inggeris dengan lancar seperti penutur asal di negara barat. "Bagusnya buat challenge TikTok macam ni. "Boleh sesiapa bagi dia kerja di stesen TV? Kita telah menemui sebutir permata. "Lancar dia cakap english dari aku," tulis beberapa pelayar Twitter. View this post on Instagram Wow bukan biasa-biasa. Hebat adik ni. Kagum min tengok. #mstaronline #bacamstar #mstarMoi A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jul 25, 2020 at 4:54am PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!