suria

Lahir pada hari ‘mak’ kahwin 6 tahun lepas, Jebat dah macam keluarga... pasu emas baru pecah pun pasrah je - “Ikan laga saya pernah jadi ikan kering”

Nadiah bersama kucingnya, Jebat yang dibela sejak enam tahun lalu.

APABILA membela kucing, pasti ada sahaja ragam mereka yang menguji kesabaran pemilik.

Begitulah kisahnya melibatkan wanita ini apabila pasu berwarna emas miliknya pecah dalam tempoh 24 jam selepas dibeli angkara perbuatan kucingnya yang dinamakan Jebat.

Nurul Nadiah Azlan, 35, tampil berkongsi kisah itu di laman Twitter sehingga ia menjadi tular dan menerima hampir 12,000 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: “Siap berak atas katil mak ayah” - Macam-macam aksi nakal Fingky, paling win ada buku catatan amal sepanjang Ramadan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nadiah mengakui reda dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu ujian biasa buat mana-mana pemilik kucing.

"Sebagai 'mak kucing' saya anggap ia perkara biasa walaupun sakit hati. Tapi tak adalah sampai nak marah pun, bukannya kucing tu faham kalau kita marah.

"Itu kejadian pada hari Rabu sebenarnya. Tak sampai 24 jam beli dah pecah. Tapi Jebat ni bukanlah kucing yang nakal sangat," ujarnya.

Kejadian pasu pecah pada Rabu lalu.

Menurut wanita yang menjalankan perniagaan pokok itu, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.

Malah, Jebat juga pernah menjadi punca kematian ikan laga miliknya suatu masa dahulu.

"Ini bukan kali pertama. Ikan laga saya pernah bertukar jadi ikan kering. Tengok-tengok dah mati atas lantai.

Kucing adalah keluarga, automatik bahasakan diri sebagai mummy dan daddy.

NURUL NADIAH AZLAN

"Selain Jebat, saya juga ada seekor lagi kucing jantan dikenali sebagai Rumi," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai Jebat yang mencuri tumpuan ramai pelayar Twitter, Nadiah turut berkongsi trivia menarik mengenai si bulus comel itu.

Ujarnya, Jebat dilahirkan pada hari perkahwinan dia dan suami, Mohd Khairul Nizam Arifin, 35, pada tanggal 13 September 2014.

Nadiah bersama suaminya.

"Kucing adalah keluarga, automatik bahasakan diri sebagai mummy dan daddy. Kira macam anak lah, penghibur saya dan suami.

"Jebat dilahirkan masa hari perkahwinan kami enam tahun lepas. Ibu Jebat adalah kucing milik ibu saudara saya.

Jebat dan Rumi yang menceriakan kehidupan Nadiah dan suami.

"Pada hari itu, saya terus tanya suami untuk adopt Jebat. Rumi pula saya bela sejak dua tahun lepas, sebab rasa macam Jebat perlukan teman.

"Mereka macam faham kalau kita stres. Bila saya menangis tengok cerita Korea pun mereka macam boleh faham saya sedih," ujarnya dalam nada berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nurul Nadiah Azlan, Jebat, Rumi, kucing

Artikel Lain