suria

Tak puas hati! MUA 'suka-suka' tawar harga mekap tak masuk akal, slot Aidiladha hampir penuh - “Saya bukan sesiapa... mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200”

Nur Atiqah mula menjalankan perkhidmatan solekan pada Januari lalu.

NIAT murni gadis ini menawarkan perkhidmatan solekan pada harga tidak masuk akal ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir individu.

Menurut Nur Atiqah Awang, 23, dia yang mula mengusahakan khidmat itu pada Januari lalu menerima sambutan hangat dengan harga serendah RM50 sahaja.

Namun katanya, ada segelintir jurusolek lain menganggap tindakannya itu sebagai tidak wajar sehingga dia sendiri terpanggil untuk memberi penjelasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu solekan nampak wow? Jurusolek profesional nasihat elak 10 perkara ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Struktur wajahnya sangat cantik, cukup solekan polos” - Jurusolek selebriti Razzi Musa dedah pengalaman solek Pavithra

"Sebenarnya saya pelajar, baru habis belajar tahun lepas. Sementara tunggu dapat kerja, saya buat khidmat mekap.

"Kemudiannya konvokesyen turut ditangguhkan sebab Covid-19 sehingga ke tahun depan. Jadi saya boleh kumpul duit dulu.

"Saya memang minat mekap, dari umur 18 saya mekap sendiri. Belajar dengan tengok live MUA (make up artis) terkenal je, tak ada masuk mana-mana kelas," ujarnya kepada mStar.

Antara hasil kerja Atiqah.

Mesra disapa Atiqah, dia yang menetap di Bachok, Kelantan mengakui harga RM50 yang ditawarkan tidak patut disamakan dengan taraf perkhidmatan jurusolek lain.

Malah katanya, dia enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan orang dan mahu fokus mencari rezeki buat dirinya.

"Bagi saya tiada masalah, sebab kita ni ikut gred masing-masing. Saya letak harga ikut kemampuan sendiri. Saya bukan serius sangat, untuk suka-suka je.

Mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200.

NUR ATIQAH AWANG

"Tak kan saya nak letak harga mahal sedangkan mekap saya tak secantik MUA lain? Alhamdulillah ramai yang book, slot mekap untuk Hari Raya AidilAdha juga hampir penuh.

"Mula-mula tu terkejut juga bila ada yang pertikaikan harga murah yang saya letak. Saya rasa kenapa mereka perlu ambil tahu, saya bukan sesiapa. Tak sampai setahun pun.

Atiqah tawar solekan pada harga serendah RM50.

"Mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200. Customer pun bijak memilih. Mereka pun tak mahu mekap sanding dengan harga RM50 macam saya tawarkan," ujarnya.

Menurut pelajar bidang Farmasi itu, dia mahu bekerja di hospital dan menjadikan bidang mekap sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Atiqah mula menjalankan perkhidmatan itu sejak Januari lalu.

Dalam masa sama, dia sempat menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang memberi sokongan terhadap dirinya.

Kisah Atiqah yang menawarkan harga mekap serendah RM50 itu mencuri tumpuan setelah dia berkongsi mengenainya di Facebook, baru-baru ini.

Selain pelayar Facebook, ada jurusolek lain turut memberi sokongan buat gadis itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nur Atiqah, MUA, jurusolek, mekap

Artikel Lain