SAYA nak bercerai. Boleh kan? Demikian soal seorang wanita yang mengakui sudah perit memendam perasaan selama tiga tahun dek perlakuan suami dan keluarga mentuanya. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia hidup bersulam duka kerana terpaksa menetap di rumah keluarga mentua. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau kari mentua diletak kayu, maka letak kayu” - Baru makan sesuap, suami dah komplen ‘tak sama macam mak masak’... isteri rasa diri tak berguna! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi kisah ibu mentua dibuli pelajar tak ada adab, siap minta dilucutkan jawatan - “Sepanjang 20 tahun lebih bergelar pendidik, inilah peristiwa yang menyedihkan” Lebih parah, hanya dia yang bertungkus lumus mencari rezeki sedangkan suaminya tidak bekerja. "Saya banyak terasa hati, saya diam je. Lepas tu dengan ada anak, saya kerja seorang. Yang si suami tak kerja pun, lepak balik tengah malam "Bila saya dah tak kerja semua mak dengan adik si suami seolah-olah nak salahkan saya sedangkan anak lelaki dia tak kerja tak apa pula? Kata wanita itu, suaminya tidak bekerja dan tidak pernah menghiraukan nafkah dirinya serta anak mereka. (Gambar Hiasan) "Saya banyak sangat makan hati masa stay di rumah in law sampai adik dia tak ada rasa hormat dengan saya," luah wanita itu lagi. Perkongsian pilu wanita itu dihantar kepada akaun Twitter @twt_cinta sebelum ia dikongsi kepada netizen. Meneruskan kisahnya, wanita itu mengakui kadang-kala berasa takut untuk makan dan menggunakan dapur di kediaman mentuanya itu. Saya banyak terasa hati, saya diam je. ISTERI MALANG "Makan kat rumah tu kadang ya, kadang tak. Sebab rasa takut sangat. Si suami tak hiraukan pasal nafkah. tak tanya anak isteri makan atau tak? "Lepas tu mentua suka buat muka selepas saya pakai dapurlah apalah. Saya hidup menumpang tapi macam tu mereka layan saya?" ujar wanita itu lagi. Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 1,100 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai netizen tampil memberikan pandangan mereka berhubung masalah dihadapi wanita itu. Ada netizen di Twitter memberi cadangan agar wanita itu menuntut cerai sebagai jalan penyelesaian. "Tiga tahun awal sangat tu. Cuba berbincang dulu berdua laki bini pasal benda ni. "Fail fasakh. Tak ada cara lain dah. Nak tunggu laki you berubah, anak 10 belum tentu berubah. "Minta petunjuk daripada Allah. Dia yang ada jawapan untuk sis. "Sebab inilah ramai perempuan sekarang takut nak kahwin," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!