USAHA murni pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan tidak perlu dipertikai lagi. Malah jika disoroti paparan di laman Facebook miliknya, ada sahaja bantuan yang disalurkannya kepada golongan-golongan yang memerlukan. Terbaharu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau mengumumkan satu lagi bantuan yang ditawarkannya kepada orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit umum harga tak masuk akal di pasar raya, ramai mula bimbang timbul ‘isu’ lain - “Yang terlebih mampu jangan ambil kesempatan pula ye” ARTIKEL BERKAITAN: “Dah suku, patah semula” - Ustaz Ebit gayat naik jambatan gantung di Sabah, terkenangkan kesusahan makcik Bajau terus jadi berani "Doakan ya. Syukur ambulans dah siap untuk berkhidmat percuma. Tiada bayaran. Ada petugas sukarelawan dan kru akan bertugas. "Cita-cita saya ingin supaya dapat beri sesuatu untuk orang lain. Nasib hidup kita tak sama. Khidmat membawa pesakit dengan ambulans ditawarkan secara percuma sahaja. "Tugas kita membantu orang yang susah dan memerlukan sedaya upaya kita," ujarnya. Selain berfungsi sebagai ambulans, ia juga boleh digunakan untuk menghantar jenazah di seluruh negara. Minyak dan urusan perjalanan kami uruskan semuanya. Tiada caj kepada keluarga. USTAZ EBIT LEW "Van jenazah baru ini hampir setiap hari ada orang meninggal dunia yang memerlukan dari Kuala Lumpur dihantar ke seluruh Malaysia. "Minyak dan urusan perjalanan kami uruskan semuanya. Tiada caj kepada keluarga. Ebit berkata, usaha murni itu dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya untuk menghantar pesakit dan jenazah. "Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini," ujarnya lagi. Dalam posting sama, Ebit turut berkongsi nombor telefon 01170787900 untuk dihubungi sekiranya ada yang memerlukan khidmat tersebut. Ebit memandu uji ambulans tersebut. Selain perkhidmatan ambulans itu, Ebit baru-baru ini turut membuka pasaraya Elewsmart yang menawarkan harga produk pada harga yang cukup berpatutan. Selain Bangi dan Kajang, lapan lokasi pasar raya tersebut akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong, Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!