suria

“Bangun tidur saya tengok kecoh di Twitter” - Ops! Bangman tak ada kaitan dengan Alya Iman, sugar daddy pun bukan!

Bangman mengakui terhibur dengan segala komen yang ditinggalkan di laman Twitter.

BERITA mengenai pelakon, Alya Iman yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang ternyata mengejutkan ramai.

Turut terkena tempias dan menjadi jenaka di Twitter tentunya content creator dikenali sebagai Bangman apabila dirinya disamakan dengan ahli perniagaan tersebut.

Bercakap kepada mStar, Muhammad Aiman Salim mengakui peka dengan segala komen yang dibuat di laman Twitter dan menganggap ia sebagai jenaka sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali – “Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung”

"Itu gambar sewaktu saya di Cameron Highland pada hari Ahad. Saya post gambar sekadar suka-suka je. Lepas tu saya tidur.

"Lepas bangun tidur saya tengok kecoh di Twitter. Saya pun terkejut. Saya rasa ia kelakar.

"Setakat ni tak ada komen negatif, saya tahu semua komen dalam nada bergurau je.

Bangman mula menghasilkan video sejak tahun 2014.

"Saya pun tak ambil hati, tahu macam mana perangai netizen sebab dah lama buat video," ujarnya.

Selain disamakan dengan ahli perniagaan tersebut, gelang hijau yang dipakai Bangman turut menjadi perbualan hangat netizen.

Ia susulan ada yang berjenaka dan menganggap ia sebagai gelang kuarantin Covid-19.

Ada orang yang alami depresi. Dia kata dia makin ceria lepas tengok video saya.

BANGMAN

"Selain disamakan pasal kes itu, ada juga yang komen pasal gelang hijau saya pakai.

"Mereka kata kenapa pergi jalan-jalan kalau pakai gelang kuarantin? Itu sebenarnya gelang untuk masuk ke ladang teh," ujarnya dalam nada berseloroh.

Mula menghasilkan video sejak 2014 dan kini mengumpul lebih 460,000 pengikut di Instagram, Bangman juga bersyukur apabila kemunculan dirinya di media sosial memberi kegembiraan buat segelintir individu.

Posting tular di Twitter.

Malah, dia juga sempat menitipkan pesanan terima kasih buat mereka yang sentiasa menyokong video jenaka-jenaka ringan yang dikongsikan selama ini.

"Saya nak ucap terima kasih sebab sudi sokong dari awal dulu sampai sekarang.

Bangman memiliki lebih 460,000 pengikut di Instagram.

"Sebelum ni saya ada terima DM (direct message), ada orang yang alami depresi. Dia kata dia makin ceria lepas tengok video saya.

"Saya seronok, dengan effort tak seberapa, sedikit sebanyak orang ramai terhibur," ujarnya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain