suria

Adik sebak sambut birthday, abang-abang selamba gelak! Betul ke seorang tu ada iras artis Korea? - “Saya ‘stalk’ carian dia semua BTS”

Empat abang (kiri) menyakat adik perempuan (kanan) yang menyambut hari ulang tahun ke-10.

SEBAK! Seorang kanak-kanak perempuan bergenang air mata apabila memberi ucapan buat abang-abangnya semasa menyambut hari ulang tahunnya.

"Thank you abang-abang adik..." ujar kanak-kanak itu, sebelum disambut gurau tawa abang-abangnya menerusi video yang tular di media sosial.

Rata-rata netizen bukan sahaja tertarik dengan wajah terharu kanak-kanak itu yang dianggap comel, malah terhibur dengan gurauan abang-abangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Malaysia rindu 'famili' di Korea Selatan, video kejutan ubat kerinduan - "Ada yang mahu jodohkan dengan anak mereka"

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri – "Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie"

Salah seorang abangnya yang memuatnaik rakaman itu, Muhammad Faris Amer Runnizar berkata, video tersebut dirakamkan ketika makan malam sempena menyambut hari jadi adik mereka yang ke-10, Nuraliya Batrysha di Petaling Jaya, Selangor pada 25 Julai lalu.



Makan malam bersama keluarga.

Pemuda berusia 19 tahun itu memberitahu, video yang dirakamkan sebenarnya lebih panjang dan dia hanya berkongsi sedutan klip ucapan terima kasih oleh adik bongsu mereka.

"Sebagai abang kami memang suka mengusik adik-adik, tapi memang sayang. Ada adik perempuan seorang, siapa tak sayang kan.

"Kami tak paksa pun dia cakap terima kasih. Dia menangis tu mungkin terharu sebab abang-abang dia sanggup berkongsi duit hadiahkan kek ais krim, ” katanya kepada mStar.



Faris (kiri) bersama adik-beradiknya.

Lebih mesra dengan panggilan Faris, anak ketiga daripada enam beradik itu turut berkata, mereka keluarga sebelum ini tidak pernah meraikan hari ulang tahun semeriah itu di luar.

"Jadi bila dia terharu dan tiba-tiba menangis tu, kami abang-abang pula rasa nak ketawa," katanya.

Selain video hari jadi adik bongsu, turut tular adalah video adik-beradik lelaki Faris yang dirakamkan pada majlis yang sama.



Faris (kiri) dan adik perempuannya meminati lagu-lagu K-Pop.

Menyifatkan adik bongsu seorang yang positif dan lebih matang daripada usianya, Faris turut memberitahu Batrysha juga merupakan peminat muzik K-Pop dari Korea Selatan.

"Adik saya ni memang minat dengan kumpulan BTS, saya stalk carian adik di akaun Instagram dan YouTube semua pasal BTS je.

"Kat bilik tidur, dia tampal kertas-kertas yang dilukisnya pasal BTS. Siap ada lagu peminat BTS reka dan tarikh hari jadi anggota kumpulan," ujarnya yang berasal dari Cheras, Selangor.



Antara kertas mengenai BTS yang ditampal di dinding bilik tidur adik bongsu Faris yang meminati kumpulan K-Pop itu.

Pelajar Diploma Analisis Pelaburan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun, Terengganu itu menyokong minat adiknya itu kerana dia juga merupakan peminat K-Pop.

"Adik minat BTS dan saya pula minat kumpulan Big Bang. Saya juga mengikuti drama dan filem Korea. Jadi, okay je kalau adik minat BTS," tambahnya.

Kami memang suka mengusik adik-adik, tapi memang sayang. Ada adik perempuan seorang, siapa tak sayang kan.

MUHAMMAD FARIS AMER RUNNIZAR

Dalam pada itu, Faris terkejut dengan komen-komen netizen yang mengatakan wajahnya mirip anggota kumpulan Big Bang susulan video yang memaparkan wajahnya yang tular.

Menerusi komen di bebenang, ada yang menyamakannya dengan ahli kumpulan Big Bang, Daesung dan pelakon drama Korea, Kim Soo-Hyun.



Wajah Faris dikaitkan netizen dengan pelakon drama Korea dan ahli kumpulan K-Pop.

"Terkejut juga sebab kebetulan saya memang minat Big Bang. Tapi bagi saya tak sama pun. Saya muka Melayu... minat je lagu dan drama Korea, tapi Melayu tulen.

"Memang teringin nak pergi travel ke Korea Selatan. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih memang merancang untuk pergi ke sana bersama keluarga," katanya.





Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain