suria

Ibu nyaris meroyan bayi asyik meragam teruk, tergamam diberitahu dirinya adalah punca! - “Jam 11 malam dia nangis macam kena pukul”

Seorang ibu berkongsi pengalamannya yang hampir meroyan gara-gara bayinya sering meragam tanpa sebab. -Gambar hiasan (The Star)

KEBANYAKAN ibu pasti pernah mempunyai pengalaman berdepan dengan situasi bayi meragam tanpa sebab.

Didukung salah, beri susu salah, dipujuk salah.... pendek kata semuanya serba tidak kena.

Paling teruk jika ia berlaku dalam tempoh yang lama sehingga membuatkan si ibu yang buntu hampir sahaja hilang sabar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Petua orang dulu untuk zaman dulu, bukan sekarang” - Bayi diberi minum air kanji, doktor ajar mak ayah ‘buta’ sejarah

Pernah berdepan dengan situasi sama, seorang ibu berkongsi pengalamannya yang hampir sahaja meroyan kerana bayinya asyik meragam tanpa sebab.

"Dulu masa dia (anak) meragam teruk, ada seorang hamba Allah yang baik sangat dan tolong saya ikhtiar dari jauh.

"Suami dia cakap, anak saya menangis dan meragam teruk sebab dari saya juga, asyik marah dia macam-macam. Itu yang buatkan anak saya tak selesa dan bila saya dukung, anak saya menangis macam kena dera... seolah-olah tak nak saya dukung.



Perkongsian pengalaman seorang ibu yang mendedahkan dirinya hampir meroyan gara-gara bayinya sering meragam.

"Tapi dengan suami saya dia okay. Aura saya tu terlalu kuat sehinggakan anak saya rasa panas bila dengan saya," coretnya di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).

Menurut ibu ini, sebaik sahaja diberitahu mengenai perkara tersebut, dia cuba untuk mengubah emosinya perlahan-lahan walaupun sedih mengenangkan dirinya yang menjadi 'punca' kepada masalah bayinya selama ini.

"Saya terdiam bila dia cakap macam tu, sedih ni hanya Allah je yang tahu bila anak kita tak nak dengan kita.

"Sejak dari tu saya cuba kawal emosi, setiap kali dia nangis saya akan peluk dia dan saya akan istighfar supaya saya tak cepat panas. Kalau saya rasa tak boleh dikawal, saya akan pass (anak) dekat suami saya," tulisnya lagi.



Ibu tersebut tidak menyangka dia menjadi punca kepada apa yang berlaku kepada bayinya. Gambar hiasan.

Tambah ibu tersebut, pendekatan tersebut menampakkan hasil dan hubungannya dengan si kecil bertambah baik.

Bagaimanapun, masalah tersebut rupa-rupanya tidak terhenti setakat itu sahaja.

"Rupa-rupanya ada benda cuba nak dekat dengan dia. MasyaAllah, memang kesabaran sangat diperlukan dalam nak membesarkan anak saya ni.

"Waktu suami saya outstation genap pukul 11 atau 10 malam, dia akan menangis macam kena pukul. Saya hanya mampu peluk dia dan nangis sebab tak tahu nak buat apa.

"Saya berzikir, baca 3 Qul, ayat Kursi pun tak lut jugak. Dalam sejam dia dah puas nangis saya pujuk, tepuk belakang baru elok. Terus saya tidurkan dia," ceritanya.



Ibu ini mengamalkan membaca doa dan ayat Al Quran sebelum menidurkan bayinya untuk mengelakkan perkara sama berulang. Gambar hiasan.

Sekadar berikhtiar, ibu ini berkata dia pernah membawa anaknya berubat kaedah alternatif.

"Orang yang saya bawa pergi berubat tu memang cakap ada benda suka dekat dia. Walaupun dah nak masuk 5 bulan, saya jadi trauma dah fobia sangat kalau nak bawak dia keluar malam atau tempat yang saya rasa memang tak elok.

"Ayat-ayat Al-Quran saya sentiasa buka dekat rumah tak pernah tutup. Sebelum tidurkan dia saya akan baca doa tidur dan 3 Qul baru dia tidur lena," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
meragam, meroyan, ibu, anak, sedih

Artikel Lain