suria

“Dah minta maaf, apa lagi dia nak?” - Isteri curang hingga hamil 2 bulan bingung, ungkit kisah silam suami terlanjur dengan ex-gf

Seorang isteri mengaku kesilapannya selepas terlanjur dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan

SEBENARNYA bukan mudah untuk memberi peluang kedua, terutama bagi mereka yang berdepan dengan masalah pasangan curang.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila pihak yang curang itu mengungkit kisah silam pasangan mereka sebelum berkahwin.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang terlanjur dengan rakan sekerja sehingga hamil dan mengakui kesilapannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali – "Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung"

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

"Silap saya terlanjur dengan rakan sekerja sampai hamil dan sekarang kandungan dah hampir dua bulan.

"Pernah saya cakap dengan suami ni anak dia tapi mustahil sebab suami saya mandul. Akhirnya kantoi kalau ni anak rakan sekerja," katanya yang berkongsi luahan di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga.



Seorang isteri hamil dua bulan hasil ketelanjuran dengan lelaki lain. Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia yang menyesali perbuatannya memohon maaf daripada suami tetapi tidak dipedulikan.

Dia kemudian mendedahkan kisah suaminya yang sebelum berkahwin juga pernah terlanjur dengan bekas kekasih.

"Dia masih tak nak maafkan saya sedangkan dulu sebelum kami kenal dan bernikah suami pernah terlanjur dengan ex dia.

"Saya boleh terima masa silam dia tapi kenapa dia tidak? Sekarang dia buat saya tak wujud, saya masak dia tak makan, saya tidur sebelah... dia tidur kat lantai.

"Saya ajak cerai dia menangis. Saya tak faham dengan dia. Saya masih sayangkan dia dan saya tahu ni silap saya. Tapi saya dah minta maaf. Apa lagi dia nak?" katanya.



Luahan seorang isteri di Facebook Kisah Rumah Tangga.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib suami isteri yang terjerat dengan kisah kecurangan masing-masing.

Pada masa sama, ada yang membandingkan kisah 'terlanjur' kedua-dua pasangan itu.

Saya boleh terima masa silam dia tapi kenapa dia tidak? Sekarang dia buat saya tak wujud.

ISTERI

"Beza sangat tu kak. Ketika dia terlanjur dulu, statusnya bujang. Status akak ketika terlanjur, adalah isteri orang. Beza sangat tu akak oiii. Nak memaafkan memang susah, semoga urusan akak dipermudahkan selepas ini," komen seorang netizen.

"Masa silam suami adalah masa lalu, tak sama macam sis buat sekarang... adakah sis terima suami, kalau suami sis juga berlaku curang dengan sis, waktu sekarang? Berilah suami ruang untuk berfikir. Semoga sis melepaskan sis dari kehidupan dia dan suami tabah menghadapi dugaan apa yang isteri dia lakukan," tulis seorang wanita.



Sebahagian komen netizen.

"Suami pernah terlanjur tapi suami tak mengandung kak. Tapi kak ni subur, dua bulan pula tu. Suami menangis mungkin suami tak boleh terima kenyataan orang yang dia sayang sanggup memperlakukan dia sebegini rupa. Ingat senang ke nak move on... semoga akak balik ke pangkal jalan," ujar seorang lelaki.

Malah, ada netizen yang mencadangkan bahawa perpisahan adalah jalan terbaik kerana dikhuatiri berlaku krisis dalam rumah tangga pada masa akan datang.

"Senangnya... minta maaf je kan. Lepas tu ingat dah boleh settle? Berpisah jelah cara yang terbaik. Sanggup ke suami tu nak bela anak tu, nanti setiap masa akan diungkit," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
terlanjur, curang, hamil, mandul

Artikel Lain