PENULARAN Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu ternyata memberi impak buat ramai penduduk di negara ini. Tidak terkecuali seorang lelaki Orang Asli dari Kampung Patah Jelutong, Pahang yang mana banyak hasil tanaman di kebunnya tidak terjual sehingga ke hari ini. Dikenali sebagai Roslan, kisahnya mencuri tumpuan ramai selepas dikongsi di Twitter oleh sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) Global Peace Foundation, Khairunnisa M Aris. ARTIKEL BERKAITAN: “Berbudi kepada tanah takkan rugi” - Pereka grafik wanita ini rela tinggalkan kehidupan kota, balik Teluk Intan jadi petani ARTIKEL BERKAITAN: Musim padi belum tiba, cuba jual labu tak laku pula... petani kudung luah perasaan - ‘Bukan nak untung sangat...’ Mesra disapa Nisa, wanita berusia 32 tahun itu membuat hebahan kepada orang ramai sekiranya ada yang berminat untuk membeli hasil tanaman pemuda berkenaan. Bercerita kepada mStar, dia memaklumkan Roslan merupakan salah seorang penduduk di kampung Orang Asli yang pernah dikunjungi oleh kumpulan NGO disertainya suatu masa dulu. "Roslan ialah salah seorang penduduk dalam projek kesukarelawanan yang kita buat, sebelum ini kami ada projek solar dan air di kampungnya. Projek air bersih yang dijalankan Global Peace Foundation di kampung Roslan. "Dia pula memang pernah bekerja dengan pekebun lain sebelum ini. Jadi dia belajar dari majikan lama dan buka ladang sendiri sebab dia dah ada pengalaman. "Antara yang diusahakan termasuklah serai, cempedak, nangka dan durian belanda," ujarnya sewaktu dihubungi. Menurut Nisa, dia terinspirasi tatkala melihat kegigihan Roslan menjalankan perusahaan itu biarpun terkesan dengan PKP sejak Mac lalu. Kesian memang ya, tapi lebih kepada terinspirasi sebab dia bersungguh-sungguh walaupun susah nak jual. KHAIRUNNISA M ARIS Turut tersentuh melihat hasil tanaman yang tidak terjual, dia juga ada membawa bekalan tersebut pulang ke ibu negara dan cuba membantu untuk memasarkannya. "Dia memang kuat berusaha, tanam macam-macam. Jadi bila jumpa dia rasa terinspirasi. Kesian sebab tak terjual, sebab dia bersemangat. "Kesian memang ya, tapi lebih kepada terinspirasi sebab dia bersungguh-sungguh walaupun susah nak jual. Kalau orang lain mungkin dah putus asa. Nisa (tudung kuning) mengakui terinspirasi dengan kegigihan Roslan. "Bila saya hebahkan di Twitter, ada yang datang untuk beli. Sebenarnya kebetulan pergi ke kampung dia, jadi dia minta tolong sebab jualan tak habis. Jadi kami bawa balik ke Kuala Lumpur. "Saya juga harap ada pihak di luar sana akan beli secara pukal dengan dia, jadi kalau berminat boleh hubungi NGO kami, kami akan aturkan," ujarnya lagi. Di Twitter, posting Nisa menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet) sejak dikongsi pada Sabtu. Antara hasil tanaman yang diusahakan Roslan. Bercerita mengenai NGO itu, Nisa berkata ia ditubuhkan pada tahun 2011 dan mula memberi bantuan untuk projek air bersih, solar dan sekolah sejak 2018. Malah, pihaknya juga memulakan projek bersama Orang Asli pada tahun 2015 dan memberi fokus kepada pembangunan komuniti mereka. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!