suria

Pelajar anggap dirinya sama dan senasib dengan Jennie Blackpink, buang rasa malu menari depan KLCC

Amirul (kiri) mengakui sering menerima komen jahat sebagaimana ahli Blackpink iaitu Jennie (kanan).

"PERCAYA kepada bakat diri bukan satu jenayah."

Demikian kata pelajar bidang Perakaunan, Amirul Aiman Abd Rahim, 22, yang mencuri perhatian ramai dengan video tariannya di laman sosial.

Terbaharu, nama Amirul kembali diperkatakan selepas dia membuat dua video tarian lagu How You Like That dendangan Blackpink di ruang parkir kereta dan di hadapan Menara KLCC.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, video belum habis edit tapi dah viral! Ramai teruja tengok ‘Blackpink Malaysia’ menari di Bukit Bintang... sayangnya ada juga yang mulut jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya... apa kes bakal cikgu B.Inggeris ni sanggup menari di Bukit Bintang? - “Saya pernah kena halau”

"Saya menari di lokasi terbuka sebab ramai yang request kat Instagram. Sebab dah menari kat parking kereta, why not cuba depan orang ramai? Ambil sebagai satu cabaran.

"Memang malu, tapi masa menari saya tengok ramai mula berkumpul dan beri sokongan. Video di KLCC tu dirakam dua minggu lepas," ujarnya kepada mStar.

Menurut Amirul, ini bukanlah kali pertama dia menjadi tular.

Posting video sewaktu Amirul menari di perkarangan KLCC.

Jelasnya, video tarian yang dihasilkan pada 2019 membawa tuah apabila dia memenangi satu pertandingan sehingga membawa kepada pertemuan dengan ahli Blackpink sewaktu konsert mereka di negara ini.

"Dulu waktu sekolah minat Girls Generation. Kemudian mula minat Blackpink pada 2016 sebab saya suka rentak lagu mereka.

"Sebelum ni pun saya buat video tarian dan menang pertandingan sehingga dapat jumpa Blackpink kat backstage.

Apa yang kamu minat, orang tak boleh halang. Tak perlu takut.

AMIRUL AIMAN ABD RAHIM

"Sejujurnya saya menari sejak tingkatan dua, tapi secara sembunyi dalam bilik. Bila masuk belajar saya jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), jadi exco Kebudayaan dan Warisan.

"Dari situ saya mula pamerkan bakat. Ia membantu dari segi keyakinan diri sebab percaya bakat itu bukan satu jenayah.

"Semua ada bakat sendiri, kenapa nak simpan sedangkan tuhan yang bagi bakat. Bila yakin, kita tak takut nak cuba sesuatu yang baharu dalam hidup kita," ujarnya.

Amirul pernah bertemu Blackpink sewaktu konsert mereka pada 2019.

Menurut Amirul lagi, aktiviti tarian turut membantu dia menurunkan berat badan.

"Apa yang kamu minat, orang tak boleh halang. Tak perlu takut. Banyak benda positif saya dapat.

"Dulu berat 106kg, sekarang 80 kg. Nak tunjuk pada orang chubby supaya mereka ada keyakinan diri," ujarnya.

Ahli kumpulan Blackpink.

Bercerita mengenai ahli Blackpink, Amirul mengakui dia cukup meminati Jennie.

"Semua orang suka Lisa, tapi saya lebih suka Jennie. Dia selalu dihentam, orang lain tak tahu apa dia lalui.

"Saya rasa nasibnya sama dengan saya. Kami terima banyak komen jahat, tapi tetap buat yang terbaik untuk diri dan orang yang bagi sokongan.

"Saya nak jadi macam dia, terima komen jahat pun masih kuat. Komen paling jahat saya dapat orang kata macam 'tiada kemaluan', tiada harga diri kerana menari. Tapi saya ambil secara positif sahaja," ujarnya yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Blackpink dianggotai empat ahli iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain