"KEPADA pemilik-pemilik anjing, sebaiknya kawallah binatang peliharaan anda" Demikian kata seorang pemuda yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik anjing yang melepaskan haiwan peliharaan mereka sehingga boleh mengancam nyawa orang lain. Terdahulu, pemuda ini memuat naik satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa gambar di laman Twitter yang memaparkan seorang wanita cedera teruk selepas diserang seekor anjing.ARTIKEL BERKAITAN: Baru kerja seminggu, runner ini dah 3 kali ‘diserang’ haiwan! Dikejar angsa sampai belakang rumah, kotak barang jadi ‘perisai’ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kejar saya tu, dia nampak saya” - Anjing coklat punya hal, jiran cerita detik cemas budak lelaki bolos tingkap, peluk seat kereta! Wanita berkenaan ketika itu sedang berjalan kaki di sebuah taman perumahan sebelum seekor anjing tiba-tiba keluar dari pagar yang terbuka dan terus menyerangnya. Insiden serangan itu hanya berhenti selepas seorang jiran mengundurkan keretanya keluar pagar untuk menyelamatkan wanita berkenaan. Perkongsiannya sehingga kini meraih lebih 16,000 retweet selain dibanjiri dengan komen netizen yang turut sama meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan berkenaan. Perkongsian Ted mengenai insiden wanita diserang anjing menjadi tular di Twitter. Hanya mahu dikenali sebagai Ted, pemuda berusia 33 tahun ini berkata insiden tersebut berlaku di Taman Tanjung Minyak Perdana yang terletak bersebelahan dengan kawasan kediamannya di Kampung Bukit Datok, Melaka. "Saya dapat video ini daripada Group Whatsapp. Kampung Bukit Datok hanya terletak kira-kira satu kilometer dari taman perumahan berkenaan," ujarnya kepada mStar. Cerita Ted, sebelum ini dua rakannya juga pernah diserang anjing yang sama ketika bertugas melakukan penghantaran barang di kawasan perumahan berkenaan. Kalau lalu situ memang dia standby perah motor laju-laju. Nak berhenti situ pun tak berani. TED "Dua orang kawan saya, seorang kerja Poslaju, seorang kerja J&T. Dua-dua biasa lalu jalan taman tu. Memang kenal rumah tu. "Kawan saya yang kerja J&T guna motor hantar barang, pernah kena kejar dengan anjing yang dalam video ni. "Kalau lalu situ memang dia standby perah motor laju-laju. Nak berhenti situ pun tak berani," ujarnya. Inilah anjing yang dikatakan menyerang wanita di Taman Tanjung Minyak Perdana baru-baru ini. Menurut Ted, tujuan perkongsiannya hanya sebagai memberi pengajaran bersama terutama kepada mereka yang mempunyai anjing peliharaan agar mempunyai sikap bertanggungjawab. "Macam rumah saya sendiri, malam-malam banyak anjing daripada kampung-kampung sebelah merayau dalam area kampung saya. "Kadang-kadang anjing ni gigit kasut, selongkar sampah depan rumah and ada yang berak dan kencing merata juga. Melalui kemas kini di Twitter, Ted memaklumkan pihak perbandaran sudah mengambil tindakan susulan insiden berkenaan. "Anjing memang akan cuba pertahankan rumah kita. Tak boleh nak salahkan anjing 100 peratus. Pemilik kena lebih peka supaya tutup pagar ataupun tambat anjing pada waktu siang dan malam supaya tak berkeliaran," ujarnya lagi. Sementara itu dalam kemaskini di laman Twitter, Ted memaklumkan bahawa pihak majlis perbandaran sudah mengambil tindakan susulan insiden berkenaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!