suria

Alahai ayah! 10 anak rancang kejutan birthday, selamba je bapa hias hadiah sendiri - “Tolong sikit je, tapi nak upah banyak”

(kiri) Kenangan... bapa Wani bersama arwah ibu. (kanan) Bapa Wani membantu menghias gubahan bunga duit. Foto ihsan Siti Salwani Ishak

HENDAK buat kejutan hari jadi, tapi nyaris kantoi.

Begitulah situasi dialami seorang anak yang mahu memberikan kejutan hadiah untuk bapanya tetapi bapanya sendiri membantu menghias hadiah untuk diri sendiri.

"Tak... masalahnya sekarang ni bouquet (sejambak) duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance masa raya haji nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Last menangis masa dapat SPM 10A, kali ini ayah 'banjir' lagi... nyaris kantoi sebelum kejutan kereta baharu menjadi! - "Ayah nak bertenang dulu"

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 'singa' habis kalau marah tapi di sebalik motor macam siput dikata hilang, tiba-tiba abah sebak "Banyak masa abah hanya di jalan sebab nak cari rezeki"

"Tapi tuan sendiri dok hias ni sebab dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon. Tinggal seorang je harta dunia akhirat yang ada," tulis seorang wanita menerusi akaun Twitter @chipchipnoi.



Bapa Wani tidak mengetahui hiasan bunga duit yang digubahnya itu adalah hadiah untuk dirinya sendiri.

Wanita berkenaan, Siti Salwani Ishak berkata, hari ulang tahun bapanya yang ke-63 tahun jatuh pada 6 Ogos ini tetapi sambutan dirancang awal sempena cuti Aidiladha.

Lebih mesra dengan panggilan Wani, katanya, selain majlis ulang tahun bapanya, majlis tahlil sempena pemergian arwah ibu akibat kanser usus pada 27 Jun lalu turut dibuat.

"Rancang sambut birthday lebih awal pada 3 Ogos ini sebab semua anak-anak ayah balik, sekali dengan nak buat tahlil untuk arwah mak.

"Pasal gubahan bunga tu, ia untuk persiapan hari jadi ayah. Boleh pula dia join sekali buat sedangkan tu untuk hadiah dia," katanya yang berusia 26 tahun kepada mStar.



Sejambak bunga duit sebagai kejutan hadiah hari jadi.

Lebih melucukan, Wani yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, bapanya turut meminta upah kerana membantu menggubah bunga wang tersebut.

"Jambangan bunga duit untuk adik dan kakak yang buat. Tiga hari juga nak siapkan, bila ada masa lapang bolehlah tambah duit lagi.

"Tapi ayah siap minta upah lagi sebab dia gubah juga. Dia tolong sikit je, tapi nak upah banyak," ujarnya secara beseloroh.



Wani bersama keluarganya.

Menurut anak kelima daripada 10 beradik itu, terdapat lebih 400 keping wang kertas meliputi RM1, RM5 dan RM10 untuk hiasan bunga berkenaan.

"Wang di bunga akan terus tambah. Duit kumpul antara adik-beradik. Yang pasti selain jambangan bunga, ada juga kek hari jadi untuk ayah.

Ayah bergadai habis harta nak bagi anak 10 orang berjaya ni bukannya senang. Selagi boleh bahagiakan dia, kami ambil peluang yang ada.

SITI SALWANI ISHAK

"Gubahan bunga tu guna duit lebih. Untuk kek hari jadi ayah nanti pun akan diletakkan duit di dalamnya. Wang sebanyak RM3,000 untuk kek sahaja," tambahnya.

Wani yang bertugas sebagai guru menjelaskan bahawa kejutan tersebut sekadar untuk menggembirakan bapa mereka yang menyambut ulang tahun kelahirannya.



Menurut Wani, bapanya banyak berkorban demi membesarkan 10 anak.

"Buat masa ni, ayahlah satu-satunya harta dunia yang saya ada sekarang. Bila dah hilang seorang (ibu), yang satu ni je saya ada. Selagi ada, hargailah.

"Ayah bergadai habis harta nak bagi anak 10 orang berjaya ni bukannya senang. Selagi boleh bahagiakan dia, kami ambil peluang yang ada. Ayah sendiri cakap, ada anak-anak depan mata pun dah buat dia bahagia," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hadiah, bunga duit, jambangan, tahlil, kejutan

Artikel Lain