MUSIM haji tahun ini agak suram apabila kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang, untuk yang sudah berada di negara itu sahaja, berikutan pandemik Covid-19. Jika mengikut amalan biasa, ibadah haji sebelum ini dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia. Pastinya ramai yang merindui tanah suci Makkah terutama bagi mereka yang pernah berkunjung ke sana, juga bakal jemaah yang sepatutnya menunaikan ibadah haji pada tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Maaf bakal haji... Malaysia tangguhkan penghantaran jemaah musim ini - Menteri Agama akui ia keputusan amat berat ARTIKEL BERKAITAN: SOP kembali ketat! Ibadah korban, ziarah Aidiladha dan individu kuarantin dalam pemerhatian polis Kerinduan itu turut dirasai oleh seorang doktor yang mengimbas kembali kenangannya ketika belajar dalam bidang perubatan di Universiti Tanta di Mesir. Norma baharu bagi jemaah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini. Foto Bernama Di saat pelajar teruja mahu pulang ke tanah air untuk bersama keluarga sempena cuti akhir tahun, berbeza pula dengan beliau yang tidak bercadang untuk berbuat demikian. Menerusi satu perkongsian, Dr Ahmad Samhan berkata, cuti sebulan itu digunakan beliau untuk pergi ke Makkah bagi menimba pengalaman baharu ketika itu. "Cuti akhir tahun dah bermula. Semua pelajar sibuk kemas barang. Gembira, tak sabar nak jumpa keluarga di tanah air. "Aku? Bukan tak rindu keluarga. Ini tahun pertama aku di Mesir. Hampir setahun tak bersua muka, pastilah rindu! "Tapi bila fikirkan duit untuk beli tiket kapal terbang pulang ke Malaysia, aku batalkan niat. Aku bukan orang berada. Tajaan tiada," tulisnya di halaman Facebook. Dr Ahmad Samhan sebelum ini menyambung pengajian di Universiti Tanta di Mesir. Foto Facebook Ahmad Samhan Dr Ahmad Samhan berkata, selain tiket penerbangan ke Makkah yang lebih murah selain dapat mencari pengalaman, beliau juga dalam masa yang sama boleh mengerjakan umrah. Beliau yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu, pelbagai kerja dilakukannya sepanjang sebulan berada di Makkah. "Aku ambil upah tolak kerusi roda pakcik makcik yang tak larat untuk buat tawaf dan saie. Aku ambil upah bawa jemaah Malaysia ziarah tempat-tempat di Makkah dan Madinah. Siap dapat bawa balik duit lebih lagi. Bolehlah aku buat duit makan beberapa bulan. DR AHMAD SAMHAN "Ada jemaah Malaysia minta aku temankan mereka beli barang. Mereka suka sebab dapat beli harga murah. Aku bertikam lidah dengan Pak Arab minta harga murah macam laki bini minta cerai. Haha! "Macam-macam aku buat. Janji setiap hari aku dapat buat umrah dan dapat upah, ” ujarnya yang juga ahli lembaga pengarah di sebuah klinik perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu. Dr Ahmad Samhan (tengah) bersama kenalannya di Makkah. Foto Facebook Ahmad Samhan Menurut Dr Ahmad Samhan, upah yang diperolehnya itu bukan sahaja dapat mengatasi kos tiket penerbangan, malah beliau turut diberikan makan, minum dan tempat tinggal secara percuma. "Siap dapat bawa balik duit lebih lagi. Bolehlah aku buat duit makan beberapa bulan. Ini pengalaman yang sukar untuk aku lupakan. "Tahun ini, sedih bila hanya 1,000 orang yang boleh buat haji. Pasti Masjidil Haram lengang tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Banyak hati yang merindui tanah haram. "Sama-sama kita doakan supaya wabak ini cepat berakhir dan kita kembali boleh menjejakkan kaki di tanah suci seperti sediakala. Amin," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!