suria

“Beruk tu nak dukung anak saya” - Berlubang dahi diserang monyet liar, ibu menggigil saksi anak nyaris dibawa lari masuk hutan

Anak perempuan Shafina yang berusia tiga tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka gara-gara diserang hendap seekor beruk liar.

"SAMPAI hari ni masih nampak kejadian tu... Kalaulah saya tak bagi anak ikut, mesti tak jadi."

Demikian kata seorang ibu yang meluahkan rasa sedih ketika berkongsi kisah ngeri menyaksikan sendiri anak perempuannya diserang seekor beruk.

Mengimbas kembali detik ngeri itu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Shafina berkata insiden tersebut berlaku pada Isnin lalu ketika dia bersama suami dan dua anaknya pergi ke kebun seorang rakan untuk mengambil ulam-ulaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buat ‘khianat’ jerit ‘anggg’... tetamu lari tak cukup tanah, ajar cara halau pun tak mahu buat - “Dari jauh dah nampak angsa tu bersantai di laman rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Video 3 sekawan disergah beruk buat ramai terhibur, Yuna pun tengok! Pelajar dedah kenapa rakan sayang sangat dengan keropok

"Ketika itu pukul 7 petang. Kejadian berlaku di kebun kawan suami saya. Ketika sudah sampai, suami ajak keluar kereta tapi saya tak nak sebab malas nak bawa si adik yang baru berumur tujuh bulan masuk kebun.

"Qistina Adelia iaitu anak sulung saya nak ikut papa dia turun. Saya tengok la anak dan suami jalan masuk kebun tu. Baru saja masuk kebun tu dalam dua tiga minit. Suami tak tahu yang beruk ada di kebun tu.



Shafina berkongsi kisah ngeri anak perempuannya diserang beruk dalam satu coretan di Facebook.

"Tiba-tiba Qistina kena serang hendap oleh seekor beruk. Haiwan tu nak dukung anak saya. Saya nampak beruk tu nak seret anak saya macam nak bawa lari. Tapi anak saya berat 14 kilogram, susah sikit la nak bawa lari," ceritanya kepada mStar.

Cerita ibu kepada dua anak ini, serentak dengan itu dia terus menjerit sekuat hati dan berlari keluar dari kereta untuk menyelamatkan anak sulungnya yang berusia tiga tahun itu.

Dalam masa yang sama kata Shafina, suami dan rakannya segera menghalau haiwan berkenaan dengan menggunakan buluh.

Sampai ke hari ni saya masih nampak kejadian tu. Saya nak makan tak ada selera. Rasa bersalah sangat.

SHAFINA

IBU

"Alhamdulillah suami dan rakannya yang juga tuan punya kebun ketika itu dekat ja dengan Qistina. Cepat-cepat tuan kebun rembat beruk tu dengan buluh sampai beruk tu lepas anak saya.

"Bila beruk dah lepas Qistina, terus suami ambil bawa masuk kereta dan kami ke hospital terus sebab mukanya berlumuran darah," cerita ibu muda berusia 29 tahun ini.

Akibat serangan haiwan tersebut, kanak-kanak perempuan itu mengalami luka di beberapa bahagian muka.



Shafina dan suami terus membawa anak mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Di dahi ada kesan gigi dan berlubang sebab kena kuku beruk tu. Hidung terkopek isi sikit dan bawah hidung pulak terkoyak. Lain-lain lebam di tepi telinga dan calar-calar di lengan,"ujarnya.

Meskipun bersyukur kecederaan yang dialami anaknya tidak serius, Shafina berkata dia tetap rasa bersalah dan masih trauma kerana masih terbayang insiden tempoh hari.



Insiden ngeri yang menimpa anak sulungnya benar-benar membuatkan Shafina trauma.

"Sampai ke hari ni saya masih nampak kejadian tu. Saya nak makan tak ada selera. Rasa bersalah sangat. Tuan kebun tu pun rasa bersalah.

"Janganlah bawa anak yang masih kecil ke kebun atau tempat yang ada haiwan berbahaya.

"Kalau ditakdirkan kena serang macam anak saya, cepat-cepat ke hospital walaupun ianya luka kecil. Lebih baik mencegah dari awal sebelum menyesal kemudian hari," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
beruk, liar, serang, hendap, trauma

Artikel Lain