ZAMAN sekarang jangan kata orang dewasa, kanak-kanak yang masih belum bersekolah pun sudah memiliki telefon pintar sendiri. Seperti item wajib ada, masing-masing menggunakannya sebagai keperluan termasuk anak muda yang menjadikannya sebagai bahan hiburan dan pembelajaran. Namun, seorang abang berkongsi kisah mengenai adik lelakinya yang tidak pernah mempunyai telefon sebelum membuat kejutan yang tidak disangka-sangka. ARTIKEL BERKAITAN: Adik sebak sambut birthday, abang-abang selamba gelak! Betul ke seorang tu ada iras artis Korea? - "Saya 'stalk' carian dia semua BTS" ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak "Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin" Dari main pintu pagar, termenung, berehat dan tidur di mana-mana bagi mengisi masa lapang, si abang kemudian membuat kejutan menghadiahkan telefon pintar buat adiknya. Saat kejutan yang dibuat oleh Husainy kepada adiknya. Lelaki berkenaan, Muhammad Husainy Azizul memberitahu, telefon pintar itu dihadiahkan kepada adik bongsunya yang berusia 13 tahun. Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, idea tersebut bermula selepas seorang lagi adik lelakinya yang berumur 15 tahun menerima telefon pintar daripada ibu mereka. "Mak hadiahkan telefon pintar untuk adik saya yang pertama untuk kegunaan belajar mengaji bersama ustaz. Ibu janji dengan adik bongsu untuk belikan telefon pada hujung tahun ini. "Ye lah, kami bukannya orang senang. Jadi, perlu ambil masa untuk beli telefon baharu. Kasihan pula tengok adik bongsu yang asyik pinjam telefon mak," katanya kepada mStar. Husainy (tengah) bersama dua adiknya. Lebih mesra disapa Husainy, dia pada mulanya bercadang untuk berkongsi wang dengan ibu bagi membeli telefon baharu untuk adiknya yang pertama. "Tapi bila fikir balik, kenapa tidak duit tu saya gunakan untuk beli telefon untuk adik bongsu. Bayangkan, sepupu dia yang berusia tiga dan empat tahun pun dah ada telefon sendiri. "Sebagai abang, saya memang garang. Tapi siapa tak sayang adik kan. Jadi, apa salahnya saya guna duit simpanan sikit-sikit beli telefon buat adik," ujarnya berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Husainy menggunakan wang simpanannya untuk membeli hadiah buat adik. Pelajar Diploma Teknologi Maklumat (IT) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) itu turut berkongsi kisah lucu selepas membuat kejutan hadiah telefon pintar untuk adiknya. "Lepas beri hadiah untuk adik, tiba-tiba phone saya rosak, ada masalah pada skrin. Hantar untuk repair, sebulan juga baru dapat balik. Sementara tu pinjam telefon daripada makcik (ibu saudara). Sebagai abang, saya memang garang. Tapi siapa tak sayang adik kan. MUHAMMAD HUSAINY AZIZUL "Ikutkan boleh je beli yang baru tapi telefon masih dalam warranty. Lagipun baki simpanan yang ada boleh guna untuk beli motosikal. "Sekarang ni tengah cuti semester dan buat kerja part time untuk beli motor," katanya sambil menambah dia membuat kerja sambilan di pusat beli-belah di Johor Bahru, Johor. Husainy (kiri) bersama keluarganya. Menurut Husainy, ibunya kini boleh menarik nafas lega selepas dia menghadiahkan telefon pintar untuk adik bongsunya. "Adik ni kaki game, suka main permainan Mobile Legends dan PUBG. Mak asyik tanya mana telefon dia hilang, rupa-rupanya adik pinjam untuk main game. "Lepas ni adik tak payah termenung atau kena bebel dengan mak sebab dia dah ada telefon sendiri. Saya pesan kat dia, main-main juga tapi gunakan telefon tu untuk belajar," katanya. View this post on Instagram A post shared by muhd.husainy (@muhd.husainy) on Jul 21, 2020 at 8:54pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!