KERANA sekeping foto yang dikongsi di Twitter, pelajar ini menerima pelbagai teguran daripada netizen. Semuanya bermula dengan foto kertas soalan peperiksaan yang diconteng yang mana ia dianggap sangat biadab dan tidak menghormati guru. "Nanti exam bolehlah try life hack ni," tulis Raja Irfan pada kapsyen sehingga meraih lebih 2,100 ulang kicau (Retweet). ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja tulis bahasa kasar! Guru lelaki bengang pelajar biadab persenda cikgu mengandung - “Mereka lahir dulu keluar ikut pokok durian ke?” ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Ibu murid paksa ustazah merangkak... sila tampil ada yang nak bantu - “Jika ustazah tak mampu bayar kos guaman, aku sudi support” Bercakap kepada mStar, pelajar tingkatan dua itu tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen. "Gambar tu bukan saya punya. Gambar tu dijumpai dari sebuah laman Instagram dari Indonesia. "Ramai ingat saya yang conteng kertas peperiksaan. Saya sebenarnya tak pernah buat macam tu. "Saya sekadar kongsi di Twitter, tak tahu pula ramai yang marah," ujarnya. Menurut pelajar dari Selangor itu, dia peka dengan pelbagai teguran yang diberikan termasuklah yang dibuat dalam nada kasar. Paling teruk kata Irfan, ada pula yang bertindak melampau sehingga mengaitkan nama ibu bapanya dalam hal itu. Ramai netizen menganggap tindakan conteng kertas peperiksaan merupakan perbuatan biadab. (Gambar Hiasan) "Tak apalah, ada hikmah semua yang berlaku ni. Saya tak jangka jadi macam ni. Saya anggap sebagai teguran sahaja. "Adalah terasa sikit, sebab ramai orang kecam. Tapi tak boleh nak buat apa, lagipun saya budak sekolah. "Ada yang bercakap pasal mak ayah saya, mereka kata tak pandai jaga anak. Saya OK je, tak terasa sangat," ujarnya lagi. Kata Irfan lagi, dia sedikit terkejut kerana terdapat golongan lebih dewasa yang turut memberikan teguran dengan cara tidak berhemah. Malah katanya, ia seolah-olah satu contoh yang tidak baik khususnya untuk anak muda sepertinya. Yang tegur carut-carut tu tak tunjuk contoh yang bagus kat budak-budak. RAJA IRFAN "Saya pun terkejut sebab yang tegur tu orang dewasa. Saya ingat budak sekolah je yang marah. "Yang tegur carut-carut tu tak tunjuk contoh yang bagus kat budak-budak. Kalau nak tegur, tegur elok-elok. Saya tahu benda tu salah," ujarnya lagi. Sehingga kini, teguran-teguran netizen masih lagi membanjiri posting itu. Dalam teguran pedas, ada juga yang memberikan nasihat dalam nada berhemah buat remaja berkenaan. Irfan berkata dia menerima teguran yang diberikan netizen. (Gambar Hiasan). "Kertas exam bukan percuma tau. Nak hasilkan karya pun ada tempat dia, yang mana anggap ni gurauan untuk cikgu, memang sakit dah korang ni. "Zaman makin berubah. Budak sekolah pulak makin biadab. "Salah satu sikap anggap ni gurauan semata tanpa fikirkan penat lelah seorang cikgu buat soalan. Kau rasa cikgu akan appreciate ke benda macam ni. "Aku doakan budak ni jadi seorang cikgu suatu hari nanti. Biar dia tahu macam mana mendidik," ujar beberapa netizen.