suria

Diminta bayar RM60 untuk keluarga makan raya, kakak rasa diri kena ‘paw’ dengan ibu dan adik di kampung - “Baik bawa makan bufet di hotel 5 bintang”

Seorang wanita tampil berkongsi kisah mengenai keluarganya menerusi laman Facebook. (Gambar Hiasan).

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha kali ini pastinya dinanti-nantikan ramai memandangkan Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu disambut dalam keadaan serba sederhana disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, kali ini juga sudah tiada kekangan untuk merentas negeri, membolehkan ramai perantau pulang meraikan hari mulia itu bersama keluarga di desa.

Dalam kemanisan sambutan itu, timbul pula cerita kurang enak dalam sebuah keluarga yang tidak didedahkan identitinya ini.

ARTIKEL BERKAITAN:SOP kembali ketat! Ibadah korban, ziarah Aidiladha dan individu kuarantin dalam pemerhatian polis

ARTIKEL BERKAITAN:Ditanya jika ziarah Aidiladha akan dihadkan? Ini jawapan Ismail Sabri - “Setakat ini tak sekat, tapi boleh berubah kalau kes naik mendadak”

Menurut wanita yang berkongsi kisah hari rayanya di Facebook Kisah Rumah Tangga, dia terkilan dengan apa yang berlaku dalam keluarganya.

"Aku dengan keluarga berbincang nak buat makan-makan untuk raya haji ni. Lepas tu tiba-tiba adik aku cakap mak kami masak untuk kami semua.

"Tapi dia minta bayar RM60 seorang. Aku, suami aku dengan adik perempuan suami aku je kami dah kena 'paw' RM180, anak-anak tak tahulah mak aku caj berapa pula satu kepala," luah wanita itu.

Wanita itu terkilan dengan tindakan adik dan ibunya yang meminta bayaran untuk melakukan jamuan pada hari raya.

Ujarnya lagi, harga yang ditetapkan juga seolah-olah tidak masuk akal jika dibandingkan dengan majlis hari lahir yang dianjurkan abangnya sebelum ini.

"Biar betul keluarga aku ni? Sedangkan abang aku buat parti anak-anak dia pun bajet RM300 ramai orang datang makan.

"Siap ada lebih lagi makanan bagi kawan-kawan dan saudara mara bawa balik. Mak aku buat kenduri ke apa ni?

Aku masak rendang daging satu kilogram pun bajet tak sampai RM50.

WANITA TULAR

"Alasan adik aku, kononnya kami ni semua pelahap. Nauzubillah," ujarnya lagi

Menurut wanita itu, ibunya pasti akan merajuk sekiranya dia sekeluarga tidak pulang beraya.

"Kalau begini cajnya, baik aku bawa keluarga aku makan bufet di hotel lima bintang.

Ujar wanita itu, adiknya meminta wang RM60 satu kepala untuk jamuan berkenaan.

"Bukan nak berkira tapi berpada-padalah. Takkan beli barang untuk makan-makan raya haji sampai RM600.

"Aku masak rendang daging satu kilogram pun bajet tak sampai RM50. Apa pendapat korang?" soal wanita itu.

Posting berkenaan yang dikongsi pada Khamis turut menerima lebih 1,900 komen netizen.

Rata-rata netizen memberi nasihat agar dia tidak berkira memadangkan nilai wang RM60 tidaklah begitu besar jika mahu dibandingkan dengan penat lelah dan pengorbanan seorang ibu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Aidiladha, makan, keluarga, wang, kedekut

Artikel Lain