BETUL ke bercinta itu satu 'pelaburan' yang memenatkan? Mungkin soalan ini boleh diajukan kepada kaum lelaki mengenai berapa kos yang perlu ditanggung mereka sekiranya keluar bersama kekasih. Kos sara hidup bukan semakin murah pada masa ini, apatah lagi pasangan kita sentiasa mahukan gaya hidup mengikut trend. ARTIKEL BERKAITAN: Pakwe speechless! Pertama kali WhatsApp bapa kekasih minta izin dating dibalas gambar tanah kubur - "Girlfriend saya pesan suruh tunggu..." ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kekasih hantar mesej salam subuh, bro ni tak gelabah siap balas on time,"Jangan ingat anak bujang tak rajin bangun pagi" Jika dicampurkan kos makan dan minum, termasuk tiket wayang dan minuman ringan untuk dua orang termasuk duit minyak kereta, tol dan caj parkir boleh mencecah lebih RM100. "Betul orang cakap, kalau miskin ni jangan la ajak perempuan keluar. Nanti kena kutuk tak gentleman sebab tak belanja," tulis seorang pengguna Twitter, yang dikongsi semula oleh seorang suami di halaman Facebook. Posting mengenai isu tak gentleman. Suami itu bagaimanapun menyangkal pandangan tersebut kerana berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bercinta bersama isteri sebelum kahwin, tiada istilah atau timbul isu 'tak gentleman'. "Kalau pergi dating, tak kiralah untuk keluar makan atau buat apa-apa aktiviti, mesti kami bayar asing-asing. Alhamdulillah, tak ada isu tak gentleman. "Selepas kahwin, dah kurang keluar dating. Dating di rumah saja. Sama ada kami berdua masak di dapur, berkebun di laman, meneropong bulan di langit, minum kopi di beranda, atau bermalas-malasan di ruang bacaan. Alhamdulillah, tak ada isu tak gentleman," tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook. Kalau saya tak cukup duit untuk beli sesuatu, saya akan minta tangguh dahulu. Jika memang tak mampu, saya akan berterus terang. DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN Dr Kamarul berkata, mereka juga membantu antara satu sama lain sekiranya masing-masing tidak mempunyai wang mencukupi untuk berbelanja, selain berkongsi rezeki. "Kalau saya tak cukup duit, dia pinjamkan duit. Kalau dia tak cukup duit, saya pinjamkan duit. Kalau ia kehendak bersama, maka sama-sama kami kongsi duit untuk dapatkannya. Alhamdulillah, tak ada isu tak gentleman," ujarnya. Pandangan Dr Kamarul mengenai isu tak gentleman. Malah, katanya, pihak lelaki seharusnya berterus-terang kepada pasangan sekiranya tidak berkemampuan untuk membuat pembelian ke atas sesuatu perkara atau barangan. "Kalau saya tak cukup duit untuk beli sesuatu, saya akan minta tangguh dahulu. Jika memang tak mampu, saya akan berterus terang, tak mampu. "Lazimnya dia akan bersetuju. Alhamdulillah, tak ada isu tak gentleman," katanya yang kini merupakan pengarah di sebuah pusat rehabilitasi dan fisioterapi di Johor. Sehubungan itu, doktor tersebut menyifatkan isterinya sebagai seorang yang memahami dan bertolak ansur sepanjang perhubungan mereka sejak zaman bercinta. "Hakikatnya, isteri saya seorang gentlewoman. Dia faham bahawa sesuatu hubungan tu kena ada pengorbanan dua hala. Kena ada kesepakatan. Kena ada toleransi. "Saya percaya ramai lagi gentlewoman di luar sana, yang rasional, memahami, sanggup sama-sama berkorban, tidak materialistik, yang bercinta dengan hati yang ikhlas," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!