KEPULANGAN anak perantau untuk beraya di kampung halaman sempena Aidiladha ternyata memberi sinar kebahagiaan buat ibu bapa. Namun, timbul juga isu seperti anak yang terlalu berkira dengan orang tua mereka sehingga hal itu diperdebatkan netizen di media sosial. "Anak menantu balik kampung kereta besar-besar, mewah-mewah. Tapi rumah mak ayah buruk. ARTIKEL BERKAITAN: Diminta bayar RM60 untuk keluarga makan raya, kakak rasa diri kena ‘paw’ dengan ibu dan adik di kampung - “Baik bawa makan bufet di hotel 5 bintang” ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya jika ziarah Aidiladha akan dihadkan? Ini jawapan Ismail Sabri - “Setakat ini tak sekat, tapi boleh berubah kalau kes naik mendadak” "Takkanlah kereta besar-besar, rumah mak ayah tak boleh nak baiki? "Lepas tu komplen rumah tak selesalah, sempitlah, panas tak ada aircond... bilik air kecillah, macam-macam komplen," tulis seorang lelaki di Facebook Info Roadblock Di kelantan (IRDK crew). Posting pada Jumaat itu sehingga kini mengundang lebih 1,600 tanda suka (likes) dan turut dihujani lebih 300 komen netizen. Umat Islam di Malaysia meraikan Aidiladha pada Jumaat. Selain bersetuju dengan kenyataan tersebut, ramai netizen memberi teguran kepada jejaka itu agar tidak mencampuri urusan keluarga individu lain. Malah, ada netizen beranggapan lelaki itu iri hati melihat anak perantau yang pulang dengan menaiki kereta mewah. Kebanyakannya begitulah. Pentingkan kehendak diri sendiri daripada mak ayah. NETIZEN "Padahal kau dengki tengok orang pakai kereta besar kan? Cakap jelah. Lepas tu saja 'petik' rumah orang tua buruk, anak pakai kereta mahal. Sebenarnya kau dengki. "Anak menantu sekarang biar papa asal bergaya. Nak baiki rumah orang tua pun duit tiada satu sen. "Rumah mertua saya bahagian luar je buruk. Dalam macam kondominium. Ada yang membuat andaian kononnya anak-anak perantau yang berkereta mewah tidak mampu membaiki kediaman usang ibu bapa mereka di kampung. (Gambar Hiasan) "Beli kereta buat hutang kat bank, nak repair rumah mak ayah susah sikitlah. "Kebanyakannya begitulah. Pentingkan kehendak diri sendiri daripada mak ayah," tulis beberapa netizen. Untuk rekod, ini bukanlah isu pertama yang ditimbulkan netizen di Facebook sempena sambutan Aidiladha pada Jumaat. Laporan mStar pada Sabtu turut bercerita kisah seorang anak yang meluahan rasa tidak puas hati kerana terpaksa membayar RM60 untuk jamuan makan-makan di rumah keluarganya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!