BERKONGSI gambar hari raya di media sosial merupakan antara perkara 'wajib' yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada masa kini. Boleh dikatakan sepanjang minggu pertama sambutan Aidilfitri mahupun Aidiladha, garis masa (timeline) media sosial dipenuhi dengan gambar-gambar raya. Tidak terkecuali bagi gadis ini yang turut sama memuat naik gambar sewaktu meraikan hari raya Aidiladha di kampung halamannya, baru-baru ini.ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘throwback’ zaman kanak-kanak bukan sekadar memori... rupa-rupanya si abang nak ‘tackle’ hati adik - “Ada sesuatu terjadi beberapa tahun lalu...”ARTIKEL BERKAITAN: Sofyank throwback kisah 10 tahun lepas, edit video guna ‘laptop pinjam’ - “Itu pun boleh dua kali sebulan je...” Berkongsi gambar throwback 10 tahun lalu bersama lima sepupunya, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah perbezaan wajah kesemua gadis di dalam foto tersebut. "Apasal muka waktu kecil macam muka-muka Pakistan atau Syria tapi bila dah besar muka Melayu ni?" demikian antara komen yang dilontarkan netizen. Posting throwback oleh Aleesya di Twitter mengundang perhatian netizen. Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Aleesya Sofea yang memuat naik gambar tersebut di Twitter mendedahkan perbezaan 'wajah' mereka berkemungkinan disebabkan aplikasi suntingan (edit). "Kami edit gambar tu guna apps Remini untuk jelaskan gambar sebab kualitinya teruk juga. "Takkan lah nak post gambar kualiti buruk kan. Mungkin disebabkan kamera yang diguna untuk tangkap gambar masa dulu tu dah memang macam tu," ujar gadis berusia 15 tahun yang menetap di Bangi, Selangor ini. Gambar kenangan Aleesya (tengah, depan) bersama sepupu-sepupunya sewaktu berhari raya di kampung, baru-baru ini. Bagaimanapun menurut Aleesya, kesemua sepupu termasuk dirinya sememangnya mempunyai darah kacukan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. "Dalam famili besar mak saya, ada pelbagai mix... ada yang mix Arab, Pakistan, Jawa, India. Sebenarnya mix ni belah atas-atas je macam parents kepada datuk saya. "Tapi cousin saya yang bernama Aisya, dia ada mix Arab sebab tu mata dia boleh nampak warna brown," katanya. Dalam famili besar mak saya, ada pelbagai mix... ada yang mix Arab, Pakistan, Jawa, India. Sebenarnya mix ni belah atas-atas je macam parents kepada datuk saya. ALEESYA SOFEA Tidak menyangka perkongsian tersebut menjadi tular, Aleesya mendedahkan bahawa dia bukan sahaja menerima komen-komen lucu ataupun usikan, malah turut menerima mesej menerusi Direct Message (DM) daripada netizen yang ingin berkenalan. "Iya ramai kasi komen lawak-lawak. Kebanyakan yang DM hanya cakap 'hai' tapi ada je yang DM nak berkenalan. Antara komen lucu netizen terhadap perkongsian Aleesya. "Yang paling ramai peminat saya rasa Aisya sebab ramai kata dia comel. Kami gelak sajalah tengok dia ada peminat," katanya sambil mendedahkan kesemua sepupunya di dalam gambar tersebut berada dalam lingkungan usia 17 hingga 20 tahun. Mengakui hubungan mereka sememangnya rapat sejak kecil, Aleesya berkata mereka tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama sekiranya masing-masing pulang ke kampung halaman datuk mereka di Kuantan, Pahang. Hubungan Aleesya bersama sepupu-sepupunya rapat sejak mereka kecil lagi. "Kami selalu juga shopping di East Cost Mall atau jalan-jalan dan ada juga bercuti ramai-ramai "Tidak juga pulang ke kampung belah mak di Kuantan setiap kali raya sebab ada dua kampung. Kadang-kadang balik belah mak, kadang belah ayah. "Tapi meriah sangat saya kira dalam keluarga besar belah mak saya dalam 50 lebih orang kalau berkumpul," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!