suria

Kenduri cara dulu-dulu, makan berhidang dalam talam gamit nostalgia - “Anak bujang, anak dara sekarang susah basuh pinggan”

Tradisi menghidangkan makanan dalam talam semakin jarang dilihat pada hari ini. Foto: Facebook Rosnani Idris.

SEMPENA kedatangan Aidiladha pada Jumaat lalu, ramai umat Islam di negara ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah korban.

Selain itu, waktu cuti raya turut dimanfaatkan untuk melangsungkan kenduri, majlis kesyukuran, jamuan dan macam-macam lagi.

Terbaharu, perkongsian foto oleh Rosnani Idris di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official yang memaparkan kenduri 'style' orang dulu-dulu ternyata mengundang rasa nostalgia dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Barang kenduri tak jadi diguna sepanjang PKP, pengantin nikah online mahu Covid-19 berakhir segera - “Satu Malaysia doakan kami...”

ARTIKEL BERKAITAN: Wah, bakal pengantin dah boleh senyum! Akhirnya kenduri kahwin dibenarkan dengan syarat ikut SOP

"Alhamdulillah selesai kenduri. Siapa yang masih guna cara ini?" ujarnya pada kapsyen.

Dalam foto itu, kelihatan pelbagai lauk-pauk kenduri dihidangkan dalam pinggan yang disusun rapi di atas talam bulat.

Malah, talam-talam besi itu turut diletakkan di lantai bagi membolehkan tetamu makan sambil bersila.

Tradisi menghidangkan makanan dalam talam semakin jarang dilihat pada hari ini. Foto: Facebook Shima Berdin.

Dikongsi pada Ahad, foto itu sehingga kini mengundang lebih 5,100 tanda suka (likes).

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen mereka menerusi posting tersebut.

Rindu nak makan macam ni. Last makan macam ni masa saya sekolah rendah kot.

NETIZEN

"Orang dulu-dulu je hidang makan kenduri macam ni. Zaman sekarang ramai pakai katering je. Anak bujang dan anak dara sekarang susah nak basuh pinggan.

"Saya guna talam ni untuk hidangan tiap hari, letak je atas meja makan.

Selain kenduri, ada juga yang mengamalkan tradisi ini pada hari-hari biasa di rumah mereka. Foto: Facebook Antie Muhammad Nur.

"Alhamdulillah. Cara lama ni. Dah jarang sangat jumpa. Satu talam empat orang makan.

"Rindu nak makan macam ni. Last makan mcm ni masa saya sekolah rendah kot. Kenduri kahwin jiran," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi foto masing-masing dan memaklumkan masih lagi mengamalkan cara makan seperti itu biarpun sudah memasuki tahun 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kenduri, talam, makanan, tradisi

Artikel Lain